Rabu, Mei 05, 2010

Perkongsian: Aku dan Peperiksaan

Bismillah..

Jam menunjukkan hampir pukul 3 ptg.

Telah hampir satu hari, peperiksaan akhir bagi kami, pelajar-pelajar tahun dua, Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko, pergi meninggalkan kami.

Alhamdulillah. Jauh di sudut hatiku, dapat aku rasakan keharuan tak terhingga. Bukan dek kerana peperiksaan telah tamat, tetapi kerana suatu hakikat yang nyata bahawa, tak lama lagi, aku akan bergelar seorang graduan.

Graduan Aktuari!

Fuhh..Bangga bukan...

Astaghfirullah..

Bukan maksudku untuk mencari kebanggaan diri. Bangga itu tidak penting malah tidak perlu dalam situasi ini. Apa yang lebih penting adalah, amanah.

Ya, amanah yang bakal aku pikul ini. Amanah yang bakal kita semua pikul di pundak(bahu) masing-masing!

Ya. Amanah.

Bagaimana nanti ya?

Hari ini, setelah tamat peperiksaan akhir, aku rasa seperti masa seakan-akan bergerak begitu perlahan. Tidak sama seperti seminggu dua yang lepas. Menyesakkan dada.

Masakan tidak, itulah waktu kita, anda semua dan mungkin kawan-kawan lain di universiti luar sana, mengambil peluang akan saki baki waktu singkat yang ada ini, untuk meng 'cover' mana-mana topik atau subtopik yang masih tidak faham, atau 'blur-blur' lagi terhadap mana-mana topik yang lemah.

Betul bukan?

Aku pasti jawapannya ya. Pasti. Sangat pasti.

Aku?

Ya. Sama juga. Cuma, mungkin sedikit berbeza.

Di saat-saat akhir waktu yang tinggal ini. Aku cuba sedaya upaya, membantu diriku dan teman-teman yang lain, yang membutuhkan pertolongan ku, membantu mereka memahamkan mana-mana sub pelajaran yang lemah.

Mungkin akan ada yang berkata, "terer la kamu ni ye..."

Tidak. Sama sekali tidak.

Akan tetapi itulah cara bagaimana aku hendak memahamkan sesuatu subjek itu.

Hakikatnya, aku tidaklah sepandai anda semua yang mungkin memiliki CGPA yang tingi-tinggi diluar sana.

Tetapi itulah aku.

Aku pun tidak menyedarinya pada peringkat awal aku menuntut di bangku universiti ini, akan kaedah pembelajaran sebegini. Tetapi alhamdulillah, dengan cara sebegini, aku jadi lebih terkehadapan.

Bagaimana?

Entahlah. Pandanganku begini:

Bila seseorang itu diminta untuk mengajar rakannya, dia mesti sedaya upaya memahamkan terlebih dahulu sesuatu perkara itu, betul tak? Akan tetapi, apa yang berlaku, dia masih kabur-kabur juga. Jadi, dia akan cuba lagi untuk terus memahamkannya. Tidak kira, dengan cara bertanya pada yang lebih mahir, mahupun bertanya terus pada lecturer dan 1001 cara lagi yang dia mampu. Jadi, bila tiba masa untuk dia terangkan semula pada rakannya tadi, dia akan mula nampak, sedikit sebanyak, tentang pelajaran yang agak sukar itu tadi.

Sekadar perkongsian pandangan aku, terhadap cara seseorang itu belajar.

Kerana, itulah yang aku lakukan.

Mungkin anda di luar sana terdapat cara anda yang tersendiri.

Namun begitu, tidak dapat aku nafikan bahawa akan wujud juga kejadian pasang surut kegigihan dalam diri kita. Pada peringkat awal, semangatnya menggunung tinggi. Akan tetapi, apabila pelbagai rintangan dan cubaan melintang-lintang di hadapannya, semangat yang menggunung tadi, mulalah nak mengendur lemah dan semakin surut jika tiada suntikan semangat diberi.

Ya. Aku juga alaminya.

Sungguh.

Antara faktor tiada sedikit perkongsian yang mampu aku coretkan sepanjang tempoh 'diam' aku ini, adalah kerana itu. Rasa 'down' yang teruk, telah aku alami dalam diri aku ini.

Alhamdulillah. Sedikit sebanyak, aku dapat atasi masalah tersebut tatkala berlakunya perubahan hari, pertukaran jam, minit dan saat.

Alhamdulillah.

Mudah-mudahan, berkat doa teman-teman yang soleh yang tidak pernah putus, akan terus membuatkan aku kekal mampu untuk terus bergiat dalam perjuangan sihat ini. Iaitu berkongsi sedikit pengalaman, menjadi insan yang soleh dan muslih, buat teman-teman jadikan iktibar.

Maaf atas segala salah dan silap ku.

Sekadar berkongsi dan bukan untuk mencari kebanggaan diri.

Akan tetapi, untuk mencari cara mengatasi kelemahan pada diri.

Ya. Memperbaiki kelemahan diri, dengan cara berusaha sebegini.

Moga Allah redha.

Salam sayang buat teman-teman sekalian.

p/s: Dah masuk asar dah pun. Lama juga aku ambil masa untuk catatkan sesuatu ni ye. Moga Allah permudahkan untuk 'post' kan sesuatu pada masa akan datang. Amiin.

1 ulasan:

  1. thanks sb tolong ajar hibah ari 2 kat kb... dah la keluar exam...nanti kb belanja z coklat seposen.. hee~ :)

    BalasPadam