Jumaat, Mac 20, 2009

Actuary ?

Salam.

Teringat masa awal-awal keputusan UPU dikeluarkan, " Tahniah Zawir, nta dapat Science Actuary di Usim"..mesej seorang sahabat yang tolong tengokkan keputusan UPU secara online dari rumahnya.

Orang takde internet kat rumah, gini le. Alhamdulillah..Terus sujud kesyukuran..

Seperti yang dijangkakan..Usim akan menjadi destinasi aku seterusnya sesudah hampir setahun merantau ke utara tanahair untuk menuntut ilmu sebagai seorang pelajar jurusan sains hayat di Kolej Matrikulasi Kedah, Changloon.

"..nta plak camne akhi..?"

Aku memberanikan diri, bertanya pada sahabat aku yang seorang ni pula..walaupun aku dapat tahu apa jawapannya..

"..emm..ana dapat course pelik la z..ingat nak cuba apply ipts la..."
"..owh ok..iAllah dapat course yang nta boleh bawa.."

Alhamdulillah..sekarang sahabat ni sedang meneruskan perjuangannya di salah sebuah ipts swasta yang terbaik di sini..

"Actuary tu cam aquatic ke? xpun cam aquarium je bunyi nye..awak minat belajar tentang ikan ke zawir? xsangka juga ye.." kata seorang kenalan perempuan semasa di matrikulasi..

"..haha..bukan la..actuary ni adalah satu jurusan yang mengaplikasikan kaedah matematik dalam kehidupan seharian(skema giler ayat..haha)..mudah kata..business math.."
"..math?..huhu..tobat2..math..?" lebih kurang macamtu la dia balas..

Ramai di kalangan masyarakat luar yang tidak tahu tentang jurusan ni..

Ramai yang hanya memandang medic sebagai jurusan pilihan dan menganggap medic adalah segalanya...

Namun masyarakat tidak sedar...untuk menjadi seorang doktor..pelbagai kriteria perlu di penuhi..dalam rangka menjadi seorang doktor yang beramanah..

Jadi..aktuari ni sebenarnya adalah 'the sole bread of a country'...mereke2 yang berada di dalam bidang ini lah yang menjaga keadaan ekonomi sesebuah negara..

Mungkin ramai juga yang berkata.."..oh..korang ni yg duk kat bank tu ke.." "nanti korang kerja kat syarikat insuran la ek..boring giler.."

Itu semua merupakan sebahagian daripada kepakaran seseorang yang mengaji ilmu ni..

'job as an actuary is zero unemployment' kata2 seorang actuary dari US..kata2nya tu memberi semangat kepada kami untuk terus berjuang dalam bidang ini..

Tambahan pula..'orang kita'..ramai yang takut dengan matematik..

Takkan kita nak biarkan orang bangsa lain jaga duit kita kan?
Takkan kita nak biarkan diorang terus menerus pegang ekonomi negara kita kan?

k pen off..







Jumaat, Mac 13, 2009

.::Dedikasi buat teman::.

Alhamdulillah, dapat juga pos karya ni, moga ia bermanfaat pada semua. Luahan hati tatkala hendak berpisah dengan sahabat-sahabat sebangku sekolah (kisas 05/06).
p/s : bacalah dengan mata hati.


Teman,

Pergi mu jauh menuntut ilmu Ilahi,

Menuntut sejuta pengorbanan di hati nurani,

Pemergian mu meninggalkan ku di sini,

Tiada pengganti,

Sukar mencari teman seperti diri mu yang sangat memahami,

Duhai Teman ku yang dirindui,

Jadikanlah alunan Zikrullah teman mu di sisi,

Ukhuwah Fillah yang kita ingini,

Bertemu dan berpisah kerana Ilahi,

Akan sentiasa dirahmati,

Ya Rabbi,

Kepada Mu ku pohoni,

Agar diri ku sentiasa ditemani,

Oleh hamba Mu yang senantiasa mengingati Mu di sisi,

Agar diri ku yang alpa dengan urusan duniawi,

Sentiasa diperingati tentang hadirnya MATI.


Hati yang meronta,

*kemaskini semula
13/03/09
01.21 pg

Khamis, Mac 05, 2009

Duhai Teman Yang Bergelar Wanita..

::. MENJADI WANITA YANG DIDAMBAKAN SYURGA::.

Segala puji bagi Allah, Mahasuci Zat yang seluruh langit dan isinya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh laut dan isinya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh gunung dan yang ada padanya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh binatang bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang langit dan seluruh galaksinya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh pohon dan akar serta buahnya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang tujuh lapisan langit dan bumi berserta isinya bertabih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh makhluk-Nya bertabih kepada-Nya. Sungguh Engkau Maha Mulia lagi Maha Tinggi. Mahasuci Engkau. Mahasuci Engkau.


Amma ba’du,


Tidaklah menghairankan bagaimana manusia boleh tersesat. Akan tetapi yang menghairankan adalah bagaimana manusia bisa terselamat!


Demi Allah, syurga adalah cahaya yang berkelip-kelip, keharuman yang semerbak, istana yang kukuh dan di dalamnya penuh dengan kenikmatan.


Apabila kamu bertanya tentang tinggimu di syurga, ketahuilah bahawa tinggimu 60 hasta menjulang kelangit(60 meter), seperti tinggi nenek moyangmu Nabi Adam a.s.


Apabila kamu bertanya tentang umur mu, ketahuilah bahawa umurmu ialah 33 tahun, 3 bulan dan 3 hari, seperti umur Nabi Isa a.s.


Apabila kamu bertanya tentang kesabaranmu, ketahuilah, kamu memiliki kesabaran seperti Nabi Ayyub a.s.


Apabila kamu bertanya tentang raut wajahmu, ketahuilah wajahmu setampan dan secantik serta seindah wajah Nabi Yusuf a.s.


Apabila kamu bertanya tentang akhlakmu, ketahuilah, akhlakmu seperti akhlaknya Nabi Muhammad saw.


Wahai kaum wanita, apabila kamu bertanya tentang keutamaanmu dari bidadari, ketahuilah bahawa kamu lebih mulia daripada bidadari kerana meraka tidak pernah lelah(letih), tidak dibebankan dengan kewajipan ketaatan, ibadah, mu’amalah, perintah dan larangan. Sedangkan kamu diperintahkan supaya taat kepada Tuhanmu, taat kepada suamimu, mendidik anak dan mengurus rumah tangga.


Apabila kamu bertanya tentang keutamaan penghuni syurga, ketahuilah bahawa mereka tidak kencing, buang air besar, mengeluarkan angin(kentut), keringat, haid dan nifas. Mereka tidak khuatir, takut, sakit, lelah, mendapat kesulitan, bosan, meludah, mengeluarkan hingus, lemah, keras hati, sedih, bertengkar, berselisih faham, melakukan perbuatan keji, zina, marah, sombong, riya’, cemburu, dengki, curang dan berbagai lagi perkara yang bisa dilakukan di dunia yang fana ini.


Adapun keringat yang akan keluar daripada perutmu adalah berupa minyak misik.


Apabila kamu bertanya tentang umurmu di syurga, ketahuilah kamu akan kekal selamanya, hidup dan tidak akan pernah mati.


Maka bersabarlah dan tahan syahwatmu(nafsu) hanya beberapa lama agar kamu beroleh nikmat selamanya. Bersabarah sekejap sahaja sampai kamu memperoleh syurga, kebaikan, keberkatan, keredhaan dan kemuliaan.


Ketahuilah Allah memberikan syurga tanpa membeza-bezakan antara lelaki dan perempuan. Firman Allah yang bermaksud “ Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya(dengan berfirman), ‘Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amalan orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau wanita, keran sebahagian dari kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain..” hingga akhir ayat.

(Ali Imran[3]:195)


Begitu juga dalam surah an-Nahl[16]:97 dan surah al-Mu’min[40]:40.


Oleh sebab itu, bagi kaum wanita yang ingin mendapatkan syurga, mereka harus menjadi orang yang ahli ibadah, ahli puasa, ahli solat malam, mukminah, orang yang bertaubat, selalu bersyukur dan bersabar.


Menjadi orang yang taat kepada Tuhannya, taat kepada suaminya, melaksanakan segala perintahnya, pendidik dan pengajar bagi anak-anaknya, penasihat bagi kawan-kawannya, menjaga hak tetangga, berbakti kepada ayahnya, kasih sayang kepada ibunya, sentiasa melakukan introspeksi diri(muhasabah diri), menjaga hatinya, dan hatinya selalu bergantung kepada Allah dan rohnya selalu merindukan syurga. (Subhanallah..)


Selain itu mereka harus memanfaatkan waktu malamnya ketika orang sedang tidur, waktu siangnya ketika orang makan dan minum, bersedih(kerana dosa) ketika orang sedang bergembira, menangis ketika orang sedang tertawa ria dan diam ketika orang sedang sibuk berkata-kata.(MasyaAllah..)


Mereka juga harus menjadi orang yang mudah menangis kerana dosa, sedih, pemurah, dan tidak banyak bicara.(Subhanallah..)


Mereka harus menghindarkan diri mereka daripada sifat lalai, dendam dan banyak berbicara, pemarah, adu domba, membicarakan

kejelekan orang, membanggakan diri, mempamerkan kebaikan dan mengumpat.


Ya Allah kami memohon kepada-Mu syurga dan kami berlindung kepada-Mu dari neraka.(Amiin..)


Penulis

Dr. Mushthafa Murad

(Anggota Dewan Pengajar Universitas al-Azhar)

*Dipetik daripada buku Best Women in Heaven

Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

21/08/07 –Selasa-

(Zawir)

2.37 a.m.

Diposkan semula..9.54 mlm 05Mac2009