Ahad, Januari 17, 2010

Perkongsian : Insaf

Insaf.

Aku termangu sendirian, menginsafi diriku sendiri atas kealpaan lalu. Aku jadi malu dengan kesilapan-kesilapan lalu ku.

Ya Allah.

Ampunilah dosa-dosa ku yang lalu. Sungguh, aku adalah hambaMu yang lemah, Ya Rabb...

Lemah.

Aku lemah sendirian. Ya, aku tak mampu untuk membendungnya lagi. Aku harus mencari kekuatan ku semula. Aku mula mencari-carinya.

Dimanakah harus ku cari kekuatan itu?

Sedang fikiran ku ligat berfikir, terlintas di minda ku akan sahabat-sahabatku yang kini telah jauh bertebaran di muka bumi Allah ini.

Ya. Mereka adalah kawan-kawan ku yang memenuhi kriteria seorang insan yang bergelar sahabat. Kepada mereka aku luahkan sedikit tentang permasalahan yang melanda jiwa ku.

Sungguh, hatiku tersentuh dengan kata-kata mereka. Bukan kerana penghinaan keatas diriku, tetapi, kerana bait-bait nasihat yang muncul dari kata-kata mereka, yang membuatkan hati nurani ku tersentuh.

Aku mengambil kesempatan ini dengan menyatakan bahawa hatiku terluka.

Namun jangan pula tersalah tafsir.

Kerna aku bukan dilukai, tetapi aku melukainya sendiri.

Ya. Aku yang bersalah. Bersalah keatas diri ku sendiri.

Aku sedikit tersasar dalam perjalananku.

Aku sedih. Aku kelukaan.

Begitulah luahku.

Allah..tak terasa yang air mataku berlinangan saat aku meluahkannya. Sungguh, keinsafan dan penyesalan itu terdapat nikmatnya yang tersendiri.

Tak terbayang perasaanku ketika itu, tatkala segala memori manis dan pahit bercampur aduk menjadi satu.

Pedih.

Tiba-tiba sahabat ku menghulurkan sekeping gambar.

Saat indah ketika mula mengenal erti sebenar ukhuwah fillah, aku yang berbaju hitam.

Cukup. Jam dan waktu seakan-akan terhenti seketika.

Aku terpana seketika. Berbekal dengan sekeping gambar, aku seolah-olah dibawa kembali ke masa lalu.

Allah. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah.

Tenaga kekuatan yang terhilang tiba-tiba muncul deras, sederas air mataku yang mengalir di pipi, dengan izinNya.

Terasa seperti aku telah termotivasi oleh seluruh ahli halaqah yang berada di dalam gambar tersebut. Ditambah dengan pelukan sokongan mereka beserta bisikan-bisikan kekuatan ketelinga ku, sungguh, aku merindui saat itu.

Aku dapat rasakan hangatnya pelukan mereka yang tak putus-putus memberikan ku kata-kata semangat. Tak ketinggalan, ada juga yang sudi menghulurkan bantuan andai aku memerlukan.

Allahu..

Mereka adalah antara hadiah teristimewa buatku yang telah Engkau turunkan kepadaku, Ya Rabbi.

Hidup diriku yang bergelar manusia ini tidak seindah apa yang mindaku harapkan.

Imanku juga ada kala naik dan turun. Aku bukan malaikat juga bukan Nabi.

Hanya insan biasa yang memerlukan peringatan untuk diisi di dalam hati nurani.

Aku tak boleh berterus-terusan begini.

Ya memang aku pernah 'jatuh' sebelum ini. Aku sudah pun bangkit semula. Namun, dipertengahan perjalananku, aku ter'jatuh' semula.

Adakah aku perlu tarik diri, hanya kerana sedikit ujian cabaran dariNya ini?

Nauzubillah..minta dijauhkan.

Sejarah dan Sirah para Nabi yang dimuliakan Allah, telah banyak memberikan suri pengajaran kepada umat manusia.

Bahkan kedasyatan ujian dan cabaran yang terpaksa mereka tempuhi lebih tinggi berbanding manusia-manusia lain termasuklah diriku.

Aku mesti bangun.

Sambung semula perjalanan ku yang terhenti seketika ini.

Perjalanan masih jauh.

Pembaikpulihan diriku bersambung semula.

Ya Allah kurniakan daku kekuatan dan ketabahan.

Teman-teman, ucapkanlah amiin.

~Hati yang meronta
-siap pada 17/01/10, Ahad, 0827 pg
-Alhamdulillah, sekali lagi aku dapat menulis sedikit catatan buat peringatan diriku
-terawal sehari daripada rancangan, cadang fix kan jadual posting hanya pada hari isnin
-Alhamdulillah

Isnin, Januari 11, 2010

Perkongsian : Pertemuan

Masuk hari ini, sudah lebih daripada seminggu, aku berada ditahun baru masihi, 2010. Bermaksud, sudah hampir 25 hari aku berada di bulan pertama hijri, Muharram,1431.

Melihat tawaran yang lumayan di depan mata, aku jadi risau. Geleng kepala. Apakah mampu untuk aku hadapinya?

Biarlah. Aku mahu tinggalkannya dahulu sebagai persoalan.

Aku sedaya upaya mengumpul kekuatan untuk mencoretkan sesuatu untuk dijadikan tatapan dan peringatan tidak lain adalah untuk diri ku yang sentiasa leka dan alpa ini.

Di kesibukan dan kehangatan minggu2 pertama sesi perkuliahan bermula, aku mencuri sedikit kesempatan, untuk melihat kembali, sorotan perjalanan seharianku. Ya, aku kembali mengkoreksikan diri.

Melakukan penilaian keatas diri sendiri.

Namun ia tidak semudah yang aku sangkakan.

Setiap kali aku tersedar akan kelakuan ku yang terkadang tergelincir, ada saja bisikan2 halus yang membenarkan apa saja kelakuan ku itu.

Astaghfirullah..

Syaitan.

Halus benar taktikmu.

Tiba2, aku jadi teringat akan pertemuanku dengan seorang sahabat rapatku, yang sekian lama sudah tidak berjumpa. Kami berjanji untuk bertemu di masjid Bandar Baru Nilai, duduk di dalam bulatan kecil dengan lutut kami bersentuhan antara satu sama lain, untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu serta peringatan yang dapat memberi manfaat kepada kami.

Tepatlah firmanNya :
"sesungguhnya, dengan mengingati Allah itu, hati2 akan menjadi tenang"

Hatiku menjadi tenang, lapang.

Walaupun cuti semester kami hanya sebulan, namun, perit rindu yang aku rasakan bagaikan setahun lamanya. Aku rindukan teguran2nya. Aku rindukan suasana cinta didalamnya. Sesungguhnya dia adalah antara teman yang istimewa yang telah Allah hadiahkan untukku.

Syukur.

"Abang teringat pesanan Sheikh Yusuf Qaradhawi, semasa abang berkesempatan berjumpa dengannya semasa sheikh datang ke Putrajaya hari tu" kata sahabat ku itu. Dia lebih dewasa daripadaku. Aku juga selesa dengan memanggilnya dengan panggilan akhi, saudaraku.

"..kita disuruh untuk meminta perlindungan, minta di jauhkan daripada segala apa yang dapat merosakkan kita, daripada apa yang boleh mengganggu kita dan sebagainya, seperti...jin dan syaitan..sifat2 mazmumah....bukan dengan cara memburuk2kan sifat2 itu...bukan dengan cara melawan, menghina dan mencelanya, yakni jin, syaitan serta sifat2 mazmumah tersebut.." terangnya lagi.

Dia cuba menyampaikan sedikit peringatan dan pesanan yang dia peroleh sewaktu bersua muka dengan sheikh yang terkenal dengan ilmunya yang luas itu.

Katanya lagi, atas sebab penciptaan diri kita ini, yang lemah dan tidak berkuasa, kita perlulah meminta dan terus meminta perlindungan daripada yang Maha Berkuasa.

Itulah seorang Muslim.

Aku dapat rasakan, kesejukan yang mengalir dalam hati, tatkala mendengar butiran2 mutiara peringatan yang dikongsinya bersama.

Ya Allah lindungilah kami..

Aku kembali mencari kekuatan.

Cuba membaiki keadaan.

Niat dimurnikan semula.

Berubah keranaNya.

Aku menulis sebagai perkongsian.

Buat peringatan diri dan teman.

Allah..ikhlaskan lah daku dalam perjuangan.

Tugas lebih banyak daripada masa yang ada, Imam Hasan al-Banna.

~Hati Yang Meronta
-memenuhi masa yang terluang pada waktu petang
-baru pulang dari rumah teman yang memerlukan sedikit pertolongan
-Alhamdulillah...dapat post sesuatu hari ini

Jumaat, Januari 01, 2010

Cetusan : Dari 09 ke 10

Mula catatan :
Jumaat, 01/01/10, sekitar jam 12 lebih malam.

Hadiah buat teman2 sekalian:

Disaat sebahagian manusia sibuk di luar sana,
Menyambut kedatangannya,
Kedatangan tahun baru yang di damba-damba,

Aku termenung,
Aku merenung,

Cuba-cuba merenungkan masa hadapan,
Masa hadapan yang penuh liku dan dugaan,

Adakah mampu untuk aku tempuhi?

Ya,

Aku mesti mampu,

Kerana telah aku gagahi,
Sehingga kesaat ini,
Bahawa itu adalah mesti,
Mesti ku tempuhi dengan berani,

Tekad ku kuat,
Takkan ku undur dan termangu setempat,
Malah akan ku sentiasa perkuat,
Diri, keluarga dan masyarakat,

tiktok tiktok..
2009 telah pun berlalu,
2010 pula menjelma lalu,

Ia pergi membawa seribu kenangan,
Dan yang datang membekalkan sejuta harapan,
Bagi yang punyai cita dan perancangan,

Aku kembali sendirian,
Merenung perkara yang mendepan,
Dan sesekali meninjau kenangan yang tersimpan,

Aku mahukan perubahan,
Begitu juga dengan teman-teman,
Aku tak mahu hidup sendirian,
Kerna hidup ini punya tujuan,

Beribadah kepadaNya itulah tujuan dihidupkan,
Bersama membina suatu ikatan,
Ikatan persaudaraan berlandaskan keimanan,

Selamat jalan 2009,
Banyak kenangan yang ku gariskan,
Buat peringatan diri di perjalanan,

Selamat datang 2010,
Banyak perkara telah dirancangkan,
Hanya Dia yang menentukan,
Doa dan tawakkal menjadi bekalan.


Semoga 2010 lebih baik daripada 2009
dan dapat aku manfaatkannya semaksimum mungkin.

Semoga aku diberikanNya kekuatan.

Amiin.

~Hati ini~
Jumaat, 01/01/10, 2.00 pg.
-di karang direct.
-bertemankan sahabat tersayang, Aizat, terima kasih kerana sudi teman on9 sampai lewat malam, moga Allah berkatimu.