Selasa, Disember 29, 2009

Perkongsian : Teruknya keputusan exam

Isnin, 28/12/09, 9.39 mlm.

Allah berfirman di dalam kitabNya yang mulia:

".... Sesungguhnya jika kamu bersyukur, akan Aku tambahkan (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka pasti azab Ku sangat berat...." (Ibrahim : 7)

Hari yang sungguh indah.

Setelah hampir sebulan cuti semester, akhirnya berakhir juga. Dapat semula aku menjejakkan kaki ke kampus semula.

Seronok melihat kembali wajah teman2 sekuliah.

Seronok dapat sakat kembali teman2 sekelas.

Apatah lagi dapat lihat wajah si dia yang lama berenggang di mata. (hehe..ade ke?..gurau je)

Ya. Hari pertama.

Pasti, ramai yang menantikan hari2 indah ini, dan tak lupa juga dengan mereka2 yang sudah bosan dengan rutin harian sebegini. (pergi kelas, balik kelas, turun naik pejabat dan sebagainya-nauzubillah)

Seperti semester2 yang lalu, soalan pertama yang menerjah ke gegendang telinga aku sesudah pertanyaan khabar adalah tentang...result exam. (aku tidak nyatakan pun berapa yang aku dapat)

Ya. Inilah soalan cepumas yang sering orang tanya pada aku juga pada teman2 keseluruhannya (termasuklah aku sendiri yang suka tanya2 org punya, tapi xsuka sangat orang tahu psl kita, haha, jahat kan) , pada awal2 sem ini.

Aku sedikit terkejut dan bersyukur dengan pencapaian2 teman2 aku yang sebahagiannya, ada yang berjaya mengatasi aku, dan sebahagian lagi masih 'mantain' seperti result2 mereka sebelum ini. Alhamdulillah. Sekalung tahniah pada mereka.

Namun begitu, terdetik jauh di hulu hati ku, perasaan 'down' yang agak teruk dan tidak sepatutnya berlaku, bila aku tahu keputusan teman2 yang agak cemerlang, berbanding aku. Aku seperti putus asa sebentar.

Astaghfirullah al-adzim.

Kenapa ni?

Kenapa aku tiba2 boleh terfikir sampai kesitu?

Aku seolah2 tidak bersyukur dengan apa yang telah aku terima.

Astaghfirullah al-adzim.

Segera aku singkirkan jauh2 perasaan ini.

Ya Allah, adakah aku tidak bersyukur?

Jauhkanlah daku daripada desiran2 mazmumah ini Ya Rabb. Doaku dalam hati.

Aku yakin dan pasti, mesti ada sahabat2ku, teman2ku di luar sana juga, yang punya perasaan sama seperti ku ini, yang ada rasa rendah diri, malu, dan sebagainya, bila dengar orang lain punya result cantik berbanding dirinya.

Singkirkanlah ia jauh2 wahai temanku...

Sekalung tahniah buat teman2 yang tinggi keputasan examnya.

Namun jangan sekali-kali dikau lupa bahawa ini semua adalah pemberian daripadaNya.

Sujud syukurlah.

Ya, sujudlah kesyukuran.

Itulah perkara pertama yang aku lakukan setelah kalimah tahmid alhamdulillah yang terpacul di bibirku.

Sujud syukur.

Alhamdulillah.

Bagi teman2 yang keputusannya agak tidak cantik di pandangan mata, aku pohon, janganlah dikau bersedih. Jangan. Boleh bersedih. Tapi hanya untuk seketika. Sesudah itu, bangunlah kembali. Bersama kita mencipta pelangi kejayaan bersama.

UjianNya sungguh berseni.

Pada yang tinggi keputusannya ini, mungkin Allah nak uji kita. Ya, bahkan mungkin untuk tegur kita, apakah kita bersyukur? Apakah kita pantas dengan keputusan sedemikian? Apakah hanya dengan usaha kita yang mungkin tak padan dengan apa yang kita peroleh sekarang ni layak kah untuk dapat cantik seperti itu?

Allahu...

Allah...

Aku sendiri berasa gementar dengan tulisanku ini.

Ya. Memang setiap posting aku, tidak lain tidak bukan dituju kepada diriku sendiri.

Terasa yang ia terkena pada batang hidung sendiri.

Tidak lupa juga pada teman2 yang biasa2 sahaja keputusannya, Allah nak uji kita sama ada kita bersyukur atau tidak dengan apa yang kita peroleh. Mungkin juga Allah nak uji tahap kesabaran kita semua.

Janganlah berasa ingin putus asa wahai teman. Kerana aku tahu, dalam kalangan teman2 ini semua, ada yang pulun habis2an untuk menghadapi setiap exam di universiti ni.

Sekali lagi, janganlah ada rasa untuk putus asa.

Beringatlah.

Yakinlah.

Janji Allah dalam firmanNya yang mulia :

"..Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan!.." (Al-Insyirah : 5-6)

Aku sayangkan teman2ku semua.

Ya Rabb, peliharalah mereka.

Merekalah yang bakal membentuk generasi berperibadi Muslim yang sejati.

Merekalah yang bakal berjuang menegakkan syariatMu yang suci.

InsyaAllah.

Wahai pembaca katakanlah amiin.

Dedikasi khas buat sahabat2 yang aku kasihi keranaNya.

Bersama kita mengejar cita.

Menggapai redhaNya.

pen off.
10.38 mlm
-seorang diri dalam master bedroom
-xsedar yang belakang aku dah kebas dah
-syukur alhamdulillah dapat catat sesuatu hari ini.

Rabu, Disember 23, 2009

Perkongsian : Tempoh 2 tahun bermula (2)

Catatan ini ditulis pada hari
Isnin, 21/12/09, jam 0012 yang lalu.
(waktu sebenar di'post'kan catatan ini, sekitar jam 0030, 23/12/09, Rabu)

Sebelum aku teruskan perkongsian catatan ini, aku selitkan secara kasar, ringkasan aktiviti atau jadual harianku, sedari pagi sehingga sebelum masuk tidur.

-subuh (tahajjud jika bangun awal)
-ma'thurat (wajib)
-yaasin (muakkad)
-dhuha (muakkad)
-ma'thurat petang (wajib)
-majlis ilmu (ceramah kat surau dan masjid, program halaqah mingguan)
-almulk (wajib kalo bleh)
-witir (3 rakaat satu salam)

Pejam celik- pejam celik, dah 4 hari aku melangkah ke tahun baru (kalau ikut waktu sekarang dah masuk hari keenam). Dah 20 tahun dah aku hidup di muka bumi ini. Tak terasa langsung akan kepantasan masa itu berlalu..alangkah cepatnya ia berlalu..

Terigat aku akan FirmanNya :

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian" (Al-Asr: 1-2)

Ya. Manusia itu sentiasa di dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan mereka yang sentiasa berpesan-pesan kepada kesabaran.

Moga aku, keluarga ku dan sahabat-sahabatku tergolong dalam kalangan itu Ya Rabb.

Sejenak ku berfikir, amanah yang bakal ku pikul di pundakku semakin bertambah. Ya, semakin umurku menginjak naik, semakin banyaklah amanah yang bakal ku pikul kelak.

Bermula dari diri, keluarga, masyarakat dan negara, insyaAllah, semua itu adalah tanggungjawab2 ku, juga tanggungjawab2 kita semua.

Debaran di hati dan jiwaku hakikatnya masih belum lagi reda.

Apa yang aku debarkan lagi?

Banyak perkara. Terutama sekali diriku sendiri. Ya. Diriku sendiri. Khususnya, yang bergelar raja dalam diriku ini, iaitu hati. Hati mudaku. Juga jiwa remajaku yang sentiasa meronta. Meronta-ronta inginkan kebebasan. Kebebasan untuk menikmati segalanya. Yang baik dan yang buruk. Namun yang paling aku takuti, sekiranya ia adalah perkara yang buruk.

Peliharalah daku Ya Rabb.

Perbaiki diri, jangan mudah putus asa dan patah hati tatkala ujianNya bersemi.

Ya, itulah tekadku.

Azamku bulat.

Pembaikpulihan diriku telah pun bermula.

Takkanku berhenti separuh jalan atas apa yang telah aku usahakan ini.

Selamat tinggal kenangan2 lama. Engkau telah ku jadikan bahan rujukanku agar aku tak kembali melakukan perkara2 yang langsung tak memberikanku sebarang faedah.

Ya, aku dah tinggalkan engkau beberapa hari yang lalu. Jauh di belakang sana.

Namun, engkau tidak akan ku lupa. Kerna sesekali aku perlukan engkau untuk aku lakukan 'check and balance' kepada diriku ini. Adakah aku masih di takuk lama atau ada sedikit peningkatan dalam diri.

Ya. Peningkatan diri. Peningkatan amalan dan syaksiah. Kefahaman tentang Islam yang meningkat. Ada nilai tambah dalam diri. Inilah yang akanku gunakan untuk membina peribadi Muslim sejati.

Pembinaan peribadi2 Muslim itu kalau tidak bermula dari diri sendiri dahulu, bagaimana pula hendak membinanya dalam kalangan teman2 pula?

Buat sahabat2 yang aku kasihi, doa2 mu sangat2 bermakna bagi diriku, agar dapat menjadi seorang Muslim bertaqwa.

Allahu yubaarik fikum
(Semoga Allah berkati kamu semua)

pen0ff
jam 0044 (waktu sbnr ktika di post kan ialah jam 0106)
-dlm bilik adik
-seleseme semakin berkurangan (thanks kpd shbt2 yang mendoakan diriku agar cepat sembuh melalui FB)
-banyak kali menguap ketika mengarang posting kali ini, namun tetapku gagahkan jua untuk menulis, biar aku terbiasa menulis, xdapat selembar sehari, selembar seminggu pun xpe.
-sekadar berkongsi dan bukan mengajar.

Khamis, Disember 17, 2009

Perkongsian : Tempoh 2 tahun bermula

khamis, 17/12/09, 8.07 pg

30 zulhijjah 1430

Ada lebih kurang 11 jam lagi sebelum melangkah ke tahun baru, 1 Muharram. Hatiku berdebar2. Adakah aku mahu berada ditakuk yang lama? Aku pasti, setiap orang pasti akan mengatakan tidak mahu, apabila membincangkan soal ini, iaitu kedatangan tahun baru.

Hijrah. Ya, hijrah. Walaupun tiada lagi atas perpindahan jasadiah selepas hijrah Saidina Nabi SAW dan para sahabat, namun atas dasar konsep hijrah yang mulia inilah, aku bina dasar hijrah dalam konteks peribadi, individu.

Hijrah daripada tak elok kepada yang elok, daripada elok kepada yang lebih elok.

Sebenarnya, aku tak bercadang untuk post kan awal catatan diari ni, tapi perkongsian ini aku awal kan postingnya, memandangkan ramai juga, dalam kalangan teman2 yang rajin membaca posting ku yang tak seberapa ni.

Emm..dalam saki baki jam terakhir ni, aku cuba bina kembali dasar pengislahan diriku. Ya. Aku ingin perbaharui azam aku, aku yakin setiap orang akan melakukan perkara yang sama. Namun, sejauh mana ia terlaksana?

Aku akan perketatkan jadual harian ku. Aku tak mahu ia terisi dengan perkara yang tak bermanfaat. Berani aku kongsi hal peribadi ni..hehe..masakan tidak..aku mahu teman2 baca posting kali ini. Secara tidak langsung, mereka mendoakan aku.

Azam aku?

Aku bertekad, inilah tahun2 yang akan menjadi ladang untuk aku mengislahkan diri, aku ingin perbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri ku yang sentiasa melakukan kesilapan ini. Kalau bukan aku yang ubah, islah, baiki, siapa lagi?

Kan Allah sudah berfirman yang bermaksud :

(Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah keaadaan mereka sendiri..Ar-ra'du:11)

Aku semakin berdebar2.

Tempoh 2 tahun akan mula dari maghrib ini.

Ada apa dengan 2 tahun? Ya aku pernah berjanji pada diri ku dan keluarga, atas izin bonda, paling awal aku akan bina rumah tangga adalah seawal umur ku menginjak 23 tahun.

Calon? Tak perlu risau tentang calon. Yang aku risaukan adalah, kondisi diriku, fizikal dan rohani. Apakah aku layak untuk meminpin sebuah keluarga, melayari bahtera cinta bersama si dia yang telah aku yakini agamanya, tanpa aku sedari yang diriku ini belumlah cukup kesediaannya.

Tidak, tidak sama sekali. Aku akan menzalimi dirinya serta diri anak2 yang bakal dilahirkan. Na'uzubillahi min zaalik.

Sebelum aku akhiri perkongsian ini, aku cuba perkemaskan jadual harian ku..ya jadual harian ini yang bakal aku amanahi diriku untuk mematuhinya.

Jadual harian yang akan cuba membentuk peribadi ku, peribadi seorang Muslim InsyaAllah.

Jadual harian tatkala aku bersendirian.

Ringkasan aktivitiku pada waktu pagi:
-Subuh (tahajjud kalau terbangun awal)
-Ma'thurat (wajib)
-Yaasin (muakkad)
-Dhuha (muakkad)

pen off. 8.25 pg
-baru nak baca ma'thurat
-seleseme yang teruk masih melanda diri