Jumaat, Mei 14, 2010

Perkongsian: Badminton dan kebanggaan Malaysia

13/05/10

Bismillah…

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam saat aku memulakan sedikit coretan perkongsian aku ini.

Alhamdulillah, Allah izin aku coretkan sesuatu untuk dikongsi di laman sesawang ini buat tatapan para pembaca.

Alhamdulillah. Kita layak ke separuh akhir Piala Thomas dan bakal bertemu dengan China. Yeay!!

Sungguh, debaran di hatiku masih terasa sehingga ke saat ini. Sangat berbekas walaupun perlawan suku akhir telah tamat lebih kurang 30 minit yang lalu!

Tengok tak perlawanan badminton tadi? Dikatakan hamper 28,000 rakyat Malaysia menyaksikan tayangan langsung perlawanan tersebut!

Subahanallah!

Sekadar berkongsi tentang badminton ini, walaupun sukan ini bukanlah suatu permainan yang biasa bagiku, apatah lagi mahir, seperti aku dengan bola sepak, namun ia tetap memberi impak yang kuat kepada diriku, dan aku yakin, kepada anda semua di luar sana juga, pasti turut merasainya!

Pastinya semangat kesukanan atau ‘sport spirit’ yang mengalir deras dalam tubuhku yang membuatkan aku dan para pembaca di luar sana, turut terkesan dengan pencapaian para pemain badminton negara malam tadi.

Mudah-mudahan ya. (Hehe)

Semangat satu pasukan

Antara perkara yang paling membuatkan aku terkesan dengan penampilan dan persembahan para atlit kita malam tadi adalah semangat satu pasukan yang begitu tinggi, iaitu dalam usaha untuk meraih kemenangan dalam setiap set perlawanan mereka. Terutama sekali dalam perlawanan di suku akhir malam tadi, iaitu Malaysia bertemu dengan Denmark.

Masakan tidak? Aku pasti anda yang gilakan badminton di luar sana dan juga yang sekadar mengikuti perkembangan industri sukan tanahair sepertiku ini sahaja, pasti nampak akan perubahan corak permainan yang ditunjukkan oleh atlit-atlit kebanggaan kita.

Peningkatan samada dari pemain individu kita sehinggalah atlit-atlit berpasukan kita.

Ya. Aku tidak nafikan, pastinya ada pasang surut dalam pencapaian mereka yang mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun begitu, kita tolak tepi semua itu dan mari kita lihat dari sudut yang lain, bahawa mereka semua telah berjuang habis-habisan dalam rangka untuk memenangi piala itu. Bukan kerana hal peribadi, tetapi kerana ingin mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!


Aku cukup terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh beregu kedua negara yang telah menggandingkan dua pemain muda, Melayu dan Cina, yang hangat diperkatakan oleh pengulas sebagai beregu ‘bidan terjun’. Ya, memang mereka beregu bidan terjun. Namun, sepanjang tiga perlawanan berlangsung, jelas terpampang di raut wajah mereka kesungguhan dalam usaha untuk memenangi perlawanan tersebut.

Bersangka baik

Aku yakin, pasti ada yang tidak berpuas hati malah kecewa sedikit dengan keputusan perlawanan beregu tersebut. Aku juga turut merasainya jauh di sudut hatiku. Tetapi cepat-cepat aku beristighfar.

Astaghfirullah…Bersangka baiklah dengan orang lain. Dengan mereka.

Bukan mereka tidak bagus. Bagus, sangat bagus pada pandanganku. Dan mungkin mereka berdua boleh terus dijadikan pasangan beregu yang ideal jika mereka terus digandingkan bersama. Mana tahu, suatu hari nanti, mereka berdua mampu meningkat maju seperti pasangan beregu nombor satu negara tadi?

Ada kemungkinan bukan?

Alhamdulillah.

Sekadar berkongsi. Mungkin anda di luar sana juga turut mempunyai ulasan dan pandangan yang serupa denganku bahkan mungkin lebih baik?

InsyaAllah. Sama-sama kita doakan agar pasukan negara dapat merampas memenangi pusingan separuh akhir pada jumaat ini menentang juara Piala Thomas lepas, China.

Wahai pembaca katakanlah amiiin..

Salam.

12.40 mlm

p/s: Sedih dan sedikit kecewa kerana akhirnya tamat sudah perjalanan skuad Malaysia apabila tewas dengan China tadi. Walaubagaimana pun aku harus bersangka baik terhadap mereka. Mungkin ada hikmah disebalik kekalahan kita pada hari ini. Ingatlah sesungguhnya selepas langit mendung pasti akan cerah kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan