Selasa, Jun 28, 2011

Pengisian: Muslim Terhadap Dirinya

Bismillah.

Islam berkehendakkan para kaum Muslimin supaya menjadi 'syaamah' dalam kalangan umat manusia di muka bumi ini. Syaamah yang membawa pengertian, mempunyai cara hidup dan gaya hidup yang istimewa dan tersendiri.

Tidak dengan mengagung-agungkan budaya yang sedia ada.

Kita sebagai para pemuda yang kebanyakannya faham, perlu untuk memiliki dan mempunyai 'distinction', membezakan diri kita dengan manusia lain yang bukan Islam, sama ada dalam konteks pemakaian fesyen kita, hal ehwal seharian kita, tindak tanduk kita, amal dan usaha kita.

Namun tidak bermaksud untuk langsung tidak mengikuti arus perubahan. Anda faham, maksud saya. Pasti.

Ia penting kepada kita kerana ia sebahagian daripada cara untuk kita memberi kefahaman kepada mereka yang bukan Islam bahawa kita tidak sama seperti mereka.

Pokok pangkalnya adalah disiplin.

Mendisiplinkan diri dalam banyak perkara dapat menjadikan kita sebagai salah satu contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.

Menunjukkan qudwah yang cantik dan elok kepada masyarakat.

Seterusnya, melayakkan diri kita untuk sama-sama menyebarluaskan agama Islam ini keseluruh pelusuk muka bumi ini, inshaAllah.

Keperibadian Muslim~Mohd Ali Hashimi

Jumaat, Jun 24, 2011

Perkongsian: Assignment karangan saya


Duduk di bangku universiti tidak bermakna kerja-kerja seperti membuat karangan yang langsung tidak berkaitan dengan subjek yang dipelajari seperti ini tiada di universiti, ada.

Jadi sekadar berkongsi, selamat membaca!


Kemahiran Insaniah

Mendukung gagasan kerajaan yang ingin melahirkan graduasi-graduasi lulusan universiti yang berkualiti, penerapan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi adalah suatu hakikat yang perlu dilalui oleh semua pelajar. Hal ini kerana, kemahiran insaniah atau ‘soft skill’ ini akan banyak memberi kelebihan kepada mereka dalam memasarkan diri mereka di pasaran pekerjaan.

Pemikiran kritis, pada pendapat saya merupakan satu kemahiran insaniah yang wajib dimiliki oleh para pelajar khususnya para pelajar jurusan Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko ini.

Memilih bidang yang sangat kritikal tahap kesukaran ini bukan sahaja memerlukan para pelajar jurusan ini memiliki latarbelakang matematik yang kukuh, malah, mereka juga memerlukan suatu jenis pemikiran yang lebih ampuh berbanding para pelajar jurusan lain, iaitu pemikiran kritis.

Mendalami ilmu ini, iaitu pemikiran kritis, akan banyak membantu para pelajar, untuk memiliki pemikiran yang matang dan bernas berbanding rakan-rakan mereka di luar kampus. Hal ini dapat diterjemahkan dimana, kemahiran ini akan banyak membantu mereka untuk berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan berkebolehan untuk mengaplikasi pemahaman dan pengetahuan mereka kepada segala permasalahan baru (Mohd. Yahya, 2010).

Selain daripada itu, dengan menguasai kemahiran insaniah ini, para pelajar akan berkebolehan dalam menguasai pelbagai cabang kes dalam jangka waktu yang tertentu dan mengadaptasikan diri dalam apa jua keadaan situasi permasalahan.

Seterusnya, mereka akan mampu menghasilkan suatu idea atau kaedah penyelesaian masalah yang kreatif dan menterjemahkannya dalam bentuk termudah dan ringkas bagi memberi kemudahkan dan kefahaman kepada orang awam untuk memahaminya.

Sekian.

Isnin, Jun 20, 2011

Pengisian: Iktibar dari ciptaan Nya.

picture edited by Zawir but owned by mtcmediaproductions.com

Tetap akan ku tempuhi jalan kebenaran itu walau penuh dengan onak duri.

Sungguh pun sukar untuk teguh,
Jangan mudah mengalah dan berpatah,
Kerna janji Nya adalah benar.


Ahad, Jun 19, 2011

Pengisian: Iktibar dari KalamNya 2



Ayuh bersama,
Kita saling terus menerus mengingatiNya,
Saling bersama berpesan-pesan kepada yang Utama,

Iaitu berpesan kepada kebenaran dan kesabaran,
Semoga mendapat manfaat bersama,

Ya Ilahi,
Ku bermohon kepada Mu,
Agar usaha kecil kami ini,
Mampu memberi saham buat diri,
Juga teman-teman yang mengiringi,
Dalam mempersiapkan diri menghadap Mu Ilahi,
Sungguh banyak dosa diri ini,
Ya Rabbi,
Agar di hapusi dosa-dosa kecil kami,
Dengan sedikit usaha mengajak masyarakat kepada Jalan Mu ini.
Amiin.

Sabtu, Jun 18, 2011

Pengisian: Iktibar dari KalamNya

Get More Islamic Testi Here!

Perkongsian: Mari Belajar Menjadi Besar

Bismillah..

Senario umum

“Isy, tak mahu la ambik jurusan tu…cam susah je bunyi nya”, “aku tak layak la nak pegang jawatan ni, ko je la yang pegang..”, “jauhla university tu…nak kene naik bot panjang la ape laa…isy tak mahu la…ambik kolej je la, dekat sikit dengan rumah”

Itu merupakan antara alasan-alasan yang kerap kali kita dengar. Tidak kiralah sama ada ia terpacul daripada mulut kawan-kawan kita ataupun daripada mulut kita sendiri.

Sikap yang tidak patut ada pada kita. Tidak suka berfikir panjang, suka men’general’kan sesuatu, suka berfikiran negetif terhadap sesuatu dan mungkin juga suka ambil jalan mudah terhadap sesuatu masalah.

Saya selalu membuat pemerhatian terhadap orang-orang di sekitar saya.

Dan keputusannya, seperti yang saya jangka.

Perasaan sering merasa kerdil diri. Tidak merasa diri mampu untuk memikul beban yang mungkin sukar jika dilihat sepintas lalu, sedangkan ia mampu. Takut untuk mengambil risiko(yang ini mungkin sedikit tegas dan perlukan ulasan yang panjang) dan pelbagai ragam lagi.

Mari menjadi besar

Menjadi besar tidak sama seperti merasa besar.

Menjadi besar adalah dalam rangka untuk membentuk diri menjadi seorang hamba Allah yang dapat meng’eksploitasi’kan segala kekurangan dan kelebihan. Kekurangan yang ada pada diri kepada suatu keistimewaan. Kelebihan pada diri sebagai suatu peluang.

Keistimewaan untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Peluang untuk berbakti dengan kelebihan yang ada.

Bukan kah itu lebih indah?

Manakala merasa besar pula boleh didefinisikan dengan merasa hanya dirinya yang terbaik berbanding individu lain. Merasa besar diri dan yang seumpama dengannya.

Bangga diri dan merendah-rendahkan orang lain itu juga anak pinak kepada merasa diri mereka besar.

Saya yakin, anda semua pasti biasa dengar istilah-istilah seperti ‘Berjiwa Besar, Berfikir Besar, Bervisi Besar, Think Big’.

Adakah sama pengertiannya dengan ‘Besar Diri’?.

Ya, pastinya tidak sama.

Itulah yang sepatutnya ada dalam diri kita, para pelajar Islam, Melayu. Perlunya kepada berfikiran luas yang terbuka mindanya, malah tidak kaku atau tidak statik pemikirannya. Berperibadi mulia, berperibadi besar, berjiwa besar, sentiasa berfikiran positif.

Mari kita bersama, tanamkan dari saat ini.

Wujudkan peluang dalam setiap cabaran yang datang. Jangan mudah merasa diri itu tidak mampu.

Hasan al-Banna mula dakwahnya di warung kopi

Pasti akan ada yang mempersoalkan, bagaimana mahu menjadi besar? Dan sejauh mana keberkesanannya untuk menjadi seorang yang lebih ‘advance’ berbanding orang lain.

Jawapan ringkas saya, belajarlah daripada alam sekitar. Belajarlah dengan apa yang di sekeliling kita. Lihat masyarakat sekitar. Bergaul dengan masyarakat sekeliling. Berbual dengan pakcik-pakcik jiran sebelah rumah. Bergeraklah sekeliling untuk mencari peluang-peluang lain yang ada.

Hasan al-Banna memulakan dakwahnya di warung-warung kopi. Tempat di mana ramainya orang. Bukan sekadar di masjid dan surau-surau. Mengapa? Untuk mengambil peluang bertemu orang ramai, untuk membuat suatu perubahan ‘besar’. As-syahid ‘bervisi besar’. Targetnya bukan sikit-sikit, tapi besar-besar.

Bukannya tiada penentangan, ada. Masakan tiada penentangan apabila hendak mengajak kepada kebaikan. Penentangan tersebutlah yang membuatkan as-syahid belajar. Belajar metod-metod yang lebih baik untuk mendekati masyarakat.

Tidak salah jika kita juga mencubanya bukan?

Ya. Kita yang bergelar pelajar ini. Iaitu dalam rangka untuk menjadikan kita lebih baik.

Agar kita juga dapat memberi manfaat bukan sekadar diri kita, tetapi kawan-kawan kita, masyarakat dan yang lebih utama, kepada agama kita.

Penutup: Allah lihat pada usaha

Belajarlah menjadi besar. Lakukan perubahan untuk menjadi peribadi besar.

Usaha kita Allah nilai.

Walaupun setelah kita berusaha untuk maju tetapi seakan-akannya tiada juga perubahan, ketahuilah bahawa para malaikat telah mencatitnya sebagai amal usaha baik kita.

Kepada adik-adik, teman-teman di luar sana yang menghadapi masalah peribadi, masalah dalam pelajaran dan sebagainya, janganlah merasa kerdil diri, kecil hati dan rasa diri tak mampu.

Marilah kita belajar untuk menjadi seorang yang berjiwa besar, berperibadi besar dan bervisi besar.

p/s: ulasan saya daripada buku karangan Solikhin Abu Izzudin, Zero to Hero, bab Belajar Menjadi Besar.

Jumaat, Jun 17, 2011

Perkongsian: Introspeksi Diri

Betapa diri ini sangat hina terasa saban hari,

Allah…

Setiap detik yang ku rasai,

Setiap saat yang ku lalui,

Sangat terasa suatu yang tiada erti,

Tanpa aku mengingati,

Diri Mu Ilahi,

Kerap kali diri ini terjatuh,

Malah tersungkur dan berlumur lumpur jahiliah,

Bergelumang dengan maksiah,

Oh sungguh,

Apakah yang aku mahukan dalam seumur hidup aku ini,

Oh diri ku….

Kasihanilah dirimu sendiri wahai diri,

Sungguh dunia dan seisinya hanyalah mimpi,

Yang sementara Cuma dirasai,

Akhirat sanalah yang kekal abadi…

Allah…

Apakah taubah ku ini….

Benar-benar suatu penyesalan yang hadir dalam diri kerdilku ini..

Allah, terimalah taubahku ini,

Sungguh Engkau yang Maha Menerima Taubah…

Astaghfirullah…

Subhanaka inni kuntu min adzholimiin..

Isnin, Mei 02, 2011

Perkongsian: Mula bertatih kembali

Isnin
02/05/2011
1.43 p.m.

Bismillah. . .

Dengan namaMu Ya Allah, aku mulakan kembali penulisan ku di laman sesawang ini.

Moga setiap perkongsian ku di sini, mampu memberi manfaat dan mengajak pembaca untuk sentiasa mengislahkan atau memperbaiki diri untuk menjadi hambaMu yang sejati.

Setelah kesekian kalinya saya menjengah ke laman saya ini, baru saat ini saya dapat menggerakkan jari jemari saya untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Mungkin sekadar mukaddimah.

Hakikatnya, saya sendiri tidak mendapat kekuatan sepenuhnya untuk berkongsi apa-apa lagi di sini. Bukannya kerana saya kelompongan idea atau ketandusan buah fikiran, tetapi, seakan ada yang mengahalang diri saya untuk kembali berkongsi sesuatu buat teman-teman pembaca sekalian.

Nafsu, malas dan sebagainya.

Maafkan saya, atas kelemahan diri ini.

Namun alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk menghadirkan juga saat ini, saat yang pada saya sangat berharga kerana dapat kembali menulis secara bebas, walau sekadar sebaris dua.

Alhamdulillah.

Jadi seperti yang saya nyatakan di atas, ini sekadar mukaddimah, sekadar mahu memanaskan badan untuk pengisian dan perkongsian akan datang inshaAllah.

Mula bertatih kembali.

~sedang menghadapi final exam, mohon doanya~
1.55 p.m.
rumah sewa, Nilai N.9.