Ahad, Februari 22, 2009

CINTA atau cinta?

Sajak ini telah selamat sempurna dikarang ketika aku masih menuntut di bangku matrkulasi lagi..dan terdapat beberapa lagi karangan sajak yang akan di kongsi bersama insyaAllah..

*cetusan hati tatkala dugaan wanita melanda


Ya Allah,

Hati yang meronta ini,

Sentiasa mendambakan cinta insani,

Sedangku mengerti,

CintaMu yang hakiki,

Ku ingin dikasihi dan disayangi,

Malah dicintai,

Oleh sang kekasih hati,

Ya Allah,

Ku tahu cintaMu cinta yang abadi,

Tak pernah dikesali bercinta denganMu Ya Rabbi,

Jauhkanlah daku daripada cinta insani,

Yang jauh daripada syariatMu yang suci,

Gantikanlah ia dengan cintaMu Ya Rabbi,

Agar

suatu hari,

Hati ini ditemukan dengan sang kekasih hati,

Di bawah lembayung cintaMu yang hakiki.

Jumaat, Februari 20, 2009

Wanita adalah penghuni syurga yang paling ramai

Duhai kasihku yang bergelar wanita, ketahuilah bahawa wanita adalah penghuni syurga yang paling ramai dalam satu hal, apabila dikumpulkan wanita dunia yang beriman, dengan para bidadari, atau apabila hanya dikumpulkan seluruh bidadari.

Rasulullah saw menegaskan,

“Sesungguhnya kelompok pertama yang masuk syurga memiliki wajah seperti bulan pada malam purnama. Setelah itu, (rombongan yang wajahnya) seperti cahaya bintang2 yang berkerlipan di langit. Setiap orang dari mereka (penghuni Syurga) memiliki dua orang pasangan wanita, yang terlihat sumsum kepalanya dari belakang daging.” (HR Bukhari dan Muslim)

Hadith ini menjelaskan bahawa setiap penghuni syurga laki-laki akan ditemani oleh dua orang isteri, sehingga di syurga nanti tidak ada laki-laki yang tidak memiliki pasangan. Dengan demikian, hadith ini menguatkan pendapat di atas, yakni wanita lebih banyak daripada lelaki di syurga.

Akan tetapi, permasalahannya, dua isteri itu apakah isteri di dunia ataukah bidadari? Pendapat yang paling kuat ialah, mereka adalah bidadari sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad.“Setiap laki-laki penghuni syurga memiliki dua orang pasangan wanita dari golongan bidadari. Setiap bidadari memakai 70 perhiasan dan terlihat sumsumnya dari balik pakaian.”

Maksud “terlihat sumsumnya” adalah ia memakai pakaian yang sangat nipis dan kulitnya sangat lembut, sehingga semuanya dapat terlihat, sampai sumsum yang ada di dalam tulangnya pun dapat terlihat!

Jadi, wanita paling banyak sebagai penghuni syurga adalah dari kalangan bidadari, sedangkan kaum wanita dunia adalah penghuni paling sedikit di syurga dan paling banyak di neraka.*

Meskipun demikian, berbahagialah kaum wanita kerana Allah menciptakan wanita mukminah(yang beriman), kelak di syurga lebih cantik daripada bidadari. Wanita yang beriman ibarat majikan yang berkuasa, sedangkan bidadari adalah pelayan yang taat kepada majikannya. Hal ini kerana, seseorang yang melakukan mujahadah(pengorbanan) dan bersusah payah di dunia tidak mungkin sama dengan bidadari yang diciptakan khusus untuk penghuni syurga, yang tidak perlu bermujahadah dan tanpa bersusah payah, serta tidak terkena musibah dan tidak menerima cobaan dan dugaan.

Bergembiralah dikau, wahai wanita mukminah!

Puasa Pasif atau Puasa Aktif?

Hari Isnin, ++/12/08, 04.05 pm
Sedang aku membelek-belek buku Ekonomi, datang seorang kawan dari bilik sebelah. Dia terus meluru masuk menuju ke bilik 'member'nya. Aku cuba mencuri-curi dengar perbualan mereka.

"...ktm...sekarang..balik rumah kakak di KL..." dan dibalas dengan "...aku pose laa.."

'Aik? Nak mintak tolong kat orang yang tido, memangla tak dapat, aku yang tercongok kat depan ni tak tanya plak'
Aku dapat reka cerita yang sahabat seorang ni nak balik ke rumah kakaknya di KL kerana ada perkara yang sangat mustahak dan dia memerlukan bantuan seseorang untuk menghantarnya ke ktm Nilai.

Hmm..baik aku senyap..dia nak tanya aku ke tidak.

"Akhi, ada motor tak?" Alhamdulillah..nasib baik dia tanya gak aku..aku pun puasa gak..tapi takde la sampai lembik cam orang mati, sampai tak dapat nak tolong orang.

Apa ingat ibadah tu solat puasa je ke..

"Eh motor?", aku saje buat-buat terkejut..mesti la ada..aku kadang-kadang pegi masjid dengan dia takkan tak ingat kot..

"Ada-ada nape? Nak ke mana?"..."leh tolong antar kat ktm tak..nak balik kampung..pegi umah kakak dulu kat KL..malam kang baru bertolak..mak ayah baru balik haji.."

Emm..aku apa lagi..bila lagi nak tolong..Bismillah..aku pun jawab.."laa..asal tak tanya siang-siang...jom-jom.."

Pergi la aku membonceng sahabat seorang ni ke ktm..

Tapi hati aku memang sedih..pabila mengenangkan Syabab-syabab di tanah air ni masih terlalu lemah tak bermaya..

Macam mana la agaknya kalau kita tiba-tiba di kerah untuk berjihad di medan perang sana, sama seperti ikhwah dan akhowat kita di Palestin..Allahu Akbar

Ye la..nak berjihad melawan nafsu tidur pun masih tak larat..

Bagaimana dengan anda semua?

WAHAI SYABAB, BANGUNLAH..

*catatan semula..siap 08.55 pg/20feb09

"Saya budak baru belajar..."

"Sila beri tunjuk ajar pada saya!"