Jumaat, Jun 24, 2011

Perkongsian: Assignment karangan saya


Duduk di bangku universiti tidak bermakna kerja-kerja seperti membuat karangan yang langsung tidak berkaitan dengan subjek yang dipelajari seperti ini tiada di universiti, ada.

Jadi sekadar berkongsi, selamat membaca!


Kemahiran Insaniah

Mendukung gagasan kerajaan yang ingin melahirkan graduasi-graduasi lulusan universiti yang berkualiti, penerapan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi adalah suatu hakikat yang perlu dilalui oleh semua pelajar. Hal ini kerana, kemahiran insaniah atau ‘soft skill’ ini akan banyak memberi kelebihan kepada mereka dalam memasarkan diri mereka di pasaran pekerjaan.

Pemikiran kritis, pada pendapat saya merupakan satu kemahiran insaniah yang wajib dimiliki oleh para pelajar khususnya para pelajar jurusan Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko ini.

Memilih bidang yang sangat kritikal tahap kesukaran ini bukan sahaja memerlukan para pelajar jurusan ini memiliki latarbelakang matematik yang kukuh, malah, mereka juga memerlukan suatu jenis pemikiran yang lebih ampuh berbanding para pelajar jurusan lain, iaitu pemikiran kritis.

Mendalami ilmu ini, iaitu pemikiran kritis, akan banyak membantu para pelajar, untuk memiliki pemikiran yang matang dan bernas berbanding rakan-rakan mereka di luar kampus. Hal ini dapat diterjemahkan dimana, kemahiran ini akan banyak membantu mereka untuk berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan berkebolehan untuk mengaplikasi pemahaman dan pengetahuan mereka kepada segala permasalahan baru (Mohd. Yahya, 2010).

Selain daripada itu, dengan menguasai kemahiran insaniah ini, para pelajar akan berkebolehan dalam menguasai pelbagai cabang kes dalam jangka waktu yang tertentu dan mengadaptasikan diri dalam apa jua keadaan situasi permasalahan.

Seterusnya, mereka akan mampu menghasilkan suatu idea atau kaedah penyelesaian masalah yang kreatif dan menterjemahkannya dalam bentuk termudah dan ringkas bagi memberi kemudahkan dan kefahaman kepada orang awam untuk memahaminya.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan