Jumaat, Mei 23, 2014

Perkongsian: First time jumpa Ustaz Syed Norhisyam!

Pada hari Rabu, 21/05/2014 yang lalu, saya telah diajak ayah untuk bersama-sama pergi mendengar satu kuliah maghrib di masjid kariah kawasan tempat tinggal saya, Masjid Batang Benar.

Masjid ini sememangnya tidak asing dengan majlis-majlis ilmu yang padat tersusun setiap hari sepanjang minggu. Cuma pada kali ini, pihak jawatan kuasa masjid telah menjemput seorang ustaz yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia umumnya, khususnya bagi yang menonton rancangan tv9, Halaqah. "Tak tengoook, rugi" iaitu Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-idrus (den baru taw tag line dia malam tu). 

My first impression terhadap ustaz, "eh la, comel je orangnya.." hehe..rendang2 gitu..(padahal aku yang tinggi).

Ceramah Israk Mikraj di Masjid Batang Benar
Topik yang tidak asing lagi pada saya yang telah hidup selama 25 tahun khususnya dan pada seluruh jemaah masjid am nya, telah berjaya dibawa oleh al-fadhil ustaz dengan santai dan padat. 

Walaupun tiada sebarang tambahan info yang generally typical-penceramah-israkmikraj bawa dalam mana-mana ceramah sekalipun, namun pada saya, as if that was the first time I've ever heard that info. Subhanallah. Sungguh membuka mata hati dan minda saya. 

The fact that I've been repeatedly heard the info over and over again for the past 10 years (tolak zaman kanak-kanak ribena lah), info-info dan fakta-fakta yang telah ustaz ketengahkan dan kongsikan bersama para jemaah pada saya very refreshing. Ia mungkin berkait rapat dengan perubahan-perubahan diri yang sentiasa dahagakan ilmu dan kebaikan serta semakin tahu cara menghargai ilmu, compared to zaman-zaman semasa masih kecil, menyebabkan setiap apa yang disampaikan penceramah, terasa seperti baru pertama kali mendengarnya.

Majlis ilmu tersebut telah dimulakan dengan bacaan Al-fatihah yang telah dipimpin oleh imam masjid sebelum diserahkan kepada penceramah utama.

Saban tahun diulang

Ustaz telah melontarkan satu persoalan asas ketika memulakan sesi perkongsian berkenaan Israk dan Mikraj dengan bertanya, kenapakah saban tahun, apabila tibanya Bulan Rejab, akan adanya ceramah-ceramah berkenaan Israk dan Mikraj ini.

Tergamam sekejap dengan soalan itu. Bukan kerana tidak pernah ditanya tetapi kerana pada kali ini, saya terasa benar-benar seperti tertampar dengan persoalan itu. Sedari 1 dekad yang lalu saya telah mendengar ceramah-ceramah berkenaan ini, tetapi apa yang telah saya dapat? (persoalan yang pada ketika itu, mencucuk-cucuk otak dan hati saya). 

Ustaz menjawab dengan meng-quote pepatah Inggeris: "Repetition is the mother of knowledge (actually correct is: Repetition is the mother of all learning (https://www.brainscape.com/blog/2011/05/repetition-learning/)).

Israk Mikraj dan Keimanan

Akal hanya mampu menafsirkan sesuatu info itu dengan kaedah logik dan rasional untuk mengatakan sesuatu info itu benar atau pun tidak.

Kerana ketidakmampuan akal untuk menerima info Israk dan Mikraj ini, terdapat sebahagian daripada masyarakat Mekah yang telah memeluk Islam pada zaman Nabi S.A.W., murtad setelah mendengar berita Nabi S.A.W. telah diperjalankan Allah ke Baitul Maqdis dan pulang dari langit bertemu Allah dalam satu malam. (Sumber Khutbah jumaat 23/05/2014 dan ceramah Ustaz Norhisyam) 

Antara inti pati penting yang ditekan kan oleh al-fadhil ustaz adalah, Israk Mikraj, jika kita guna akal untuk menafsirkan kejadian Israk Mikraj ini, ia akan kelihatan seperti tidak logik (walaupun sebenarnya kita boleh jadikan ia logik - indeed it is Logic!), tetapi jika kita gunakan keimanan, Israk Mikraj ini adalah BENAR. 

Guna akal tak logik, tapi guna IMAN, ia adalah BENAR. Ustaz mengulang-ulang pertanyaan tersebut, "Guna iman,,,??...BENAR", seluruh jemaah bersama-sama mengulangnya. Ustaz juga menekankan sekali lagi (dengan nada ke Terengganu-an beliau sedikit): "Israk Mikraj...berlaku sungguh! Kerana Allah sendiri rakamkan di dalam Alquran!".

Beliau juga memberitahu bahawa jika berlakunya pertembungan info yang tidak mampu diterima oleh akal pendek kita ini sedang ia tercatat di dalam Alquran dan juga terdapat di dalam matan2 hadis, maka disini perlunya kita dahulukan nas daripada Alquran dan Hadis ini.  

Pelbagai analogi mudah yang dibawa bagi menjawab persoalan2 pertembungan antara nilai akal (logik) dan nilai iman (membenarkan) antara yang boleh saya kongsikan disini adalah analogi kentut, tentang persoalan mengapakah selepas kita terkentut itu, kita hendaklah membasuh muka, tangan kepala dan kaki, yakni mengambil wudhuk dan bukan, dengan membasuh tempat keluarnya kentut itu tadi? 

Ikut akal logik kita, ia kelihatan seperti tidak logik, tetapi jika ikut iman...ia adalah BENAR.

In short, jika kita mendengar sesuatu daripada Nas2 Alquran dan Hadis, even if akal kita tidak berapa nak terima kelogikannya, stop and ukurlah dengan IMAN, ulas alfadhil ustaz lagi. Beliau menambah lagi bahawa, Israk dan Mikraj ini mengajar kita akan kekuatan iman kita. Ia adalah ujian keimanan yang besar pada kita (Khutbah Jumaat 23/05/14).

Dengan sambutan yang begitu menghangatkan dalam kalangan para jemaah yang hadir yang memenuhi ruangan masjid, di dalam dan di luar bahagian, tidak kelihatan pun para jemaah yang seperti bosan mahupun terlena dek kerana info2 yang saban tahun diulang-ulang ini.

Majlis kemudian diakhiri dengan doa dan solat Isyak, kurang lebih jam 9.15 malam.

Ayah (berbaju melayu emas) bergambar bersama Ustaz Norhisyam sebelum bersurai.


2 ulasan: