Khamis, Februari 07, 2013

Perkongsian: Saya dan kerjaya 1

Jarum jam menunjukkan pukul 11.21 malam saat saya menggagahkan diri cuba mencoretkan sesuatu buat tatapan rakan-rakan sekalian.

Setelah hampir dua tahun saya langsung tidak mencoretkan sesuatu perkongsian, huh, sungguh jari jemari ini terasa amat berat untuk kembali menulis.

Saya dan kerjaya

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Tanggal 18 haribulan September 2012 yang lalu, secara rasminya saya telah memulakan kerjaya saya sebagai seorang Fraud Analyst di salah sebuah bank di ibu kota.

Subhanallah walhamdulillah.

Kini telah hampir 5 bulan saya bekerja, sungguh, masa berlalu teramat pantas. Terasa bagaikan baru kelmarin saya siapkan assignment serta pembentangan-pembentangan juga yang terutama, projek akhir tahun atau Final Year Projek or also known as FYP or Thesis.

Hmm Thesis…terlalu banyak kenangan saya bersama thesis saya, and I guest most of us have the same feeling when we talk about our Thesis. Pahit manis menyiapkannya. Well I guests, I’ll keep that story later insyaAllah.

Kerjaya bukan pilihan

Menjadi kewajipan bagi setiap pelajar tahun akhir di setiap universiti tempatan untuk menjalani latihan industry mereka di tempat-tempat pilihan atau idaman and not to mention, tempat-tempat yang langsung tiada kaitan dengan course kita di universiti.

Allah izin, saya telah menjalani latihan industry di salah sebuah bank, yang juga terletak ditengah-tengah ibu kota raya kita. Dan Alhamdulillah latihan industry yang telah saya jalani tersebut amat bersesuaian dengan kursus yang saya ambil iaitu Risk Management.

Long story short, saya diterima untuk menjalani latihan industry selama 4 bulan di Risk Management Department, which most of us are so craved to be in that department when we finished our studies.

Mana punch line nya ni tak masuk-masuk…haisy

Okeh

Jadi setelah tamat latihan di sana pada akhir Julai (kalo xsilap..xhengat dah haha), saya ke sana ke sini menghadiri temuduga (ceh padahal dua je :p) kerja. Letih naik turun bangunan, menebal muka, but it worth it. (Ni pun boleh buat story lain ni..insyaAllah)

Awal September, selang sehari selepas ditemuduga di sebuah menara bank bersebelahan dengan Sogo, saya menerima satu panggilan ringkas yang menanyakan akan kesudian saya utuk menerima satu tawaran jawatan. Panggilan tersebut adalah daripada pegawai yang sama yang menemuduga saya di menara itu.

Ringkas, pegawai itu memberitahu bahawa pengalaman saya semasa menjalani latihan industry selama 4 bulan yang lalu agak bersesuaian dengan jawatan yang hendak dia tawarkan itu, menyebabkan beliau terus memanjangkan resume saya kepada Manager Department dimana saya berada sekarang.

Dengan hati yang mengembang syukur kegembiraan, saya terus ringkas menjawab, “Sure why not”. Walaupun seperti tak convincing, akan tetapi semasa saya ditemuduga beliau tempoh hari, dengan penuh keyakinan dan tawakal kepadaNya, saya membuka cerita, tentang aktiviti-aktiviti saya sepanjang tempoh latihan tersebut. Sepanjang tempoh temuduga saya itulah, kelihatan riak wajah mukanya amat menumpu perhatian dan berminat sambil jari jemari beliau laju mencatatkan sesuatu dilembaran borang yang berada dihadapannya.

(so u guys out there, it is so important to have a good resume, literally pay attention during the 4 months of training, as well as a convincing communication during interviews)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Jadilah saya seorang pegawai analisis, atau nama sedapnya Fraud Analyst di bank tersebut.

My point is, ia bukanlah kerjaya pilihan saya, tetapi merupakan satu kurniaan dari Nya pada saya.

Pada hemat saya, tak salah untuk kita memilih bidang apa atau kerjaya yang bagaimana selepas tamat pengajian, tetapi beringatlah, jangan akibat terlalu memilih, kita langsung tidak dapat apa. Peluang dipanggil terima kerja itu tidak semudah atau se-senang semasa kita nak sambung belajar. So, terima sahaja dahulu. :)

We live in the world of competition where job scopes are pinching nowadays. Once offered even if u didn’t want it, but believe me you’ll need it more than u know it. 

And indeed He (Allah) knows better and what is best for u.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan