Jumaat, Mac 20, 2009

Actuary ?

Salam.

Teringat masa awal-awal keputusan UPU dikeluarkan, " Tahniah Zawir, nta dapat Science Actuary di Usim"..mesej seorang sahabat yang tolong tengokkan keputusan UPU secara online dari rumahnya.

Orang takde internet kat rumah, gini le. Alhamdulillah..Terus sujud kesyukuran..

Seperti yang dijangkakan..Usim akan menjadi destinasi aku seterusnya sesudah hampir setahun merantau ke utara tanahair untuk menuntut ilmu sebagai seorang pelajar jurusan sains hayat di Kolej Matrikulasi Kedah, Changloon.

"..nta plak camne akhi..?"

Aku memberanikan diri, bertanya pada sahabat aku yang seorang ni pula..walaupun aku dapat tahu apa jawapannya..

"..emm..ana dapat course pelik la z..ingat nak cuba apply ipts la..."
"..owh ok..iAllah dapat course yang nta boleh bawa.."

Alhamdulillah..sekarang sahabat ni sedang meneruskan perjuangannya di salah sebuah ipts swasta yang terbaik di sini..

"Actuary tu cam aquatic ke? xpun cam aquarium je bunyi nye..awak minat belajar tentang ikan ke zawir? xsangka juga ye.." kata seorang kenalan perempuan semasa di matrikulasi..

"..haha..bukan la..actuary ni adalah satu jurusan yang mengaplikasikan kaedah matematik dalam kehidupan seharian(skema giler ayat..haha)..mudah kata..business math.."
"..math?..huhu..tobat2..math..?" lebih kurang macamtu la dia balas..

Ramai di kalangan masyarakat luar yang tidak tahu tentang jurusan ni..

Ramai yang hanya memandang medic sebagai jurusan pilihan dan menganggap medic adalah segalanya...

Namun masyarakat tidak sedar...untuk menjadi seorang doktor..pelbagai kriteria perlu di penuhi..dalam rangka menjadi seorang doktor yang beramanah..

Jadi..aktuari ni sebenarnya adalah 'the sole bread of a country'...mereke2 yang berada di dalam bidang ini lah yang menjaga keadaan ekonomi sesebuah negara..

Mungkin ramai juga yang berkata.."..oh..korang ni yg duk kat bank tu ke.." "nanti korang kerja kat syarikat insuran la ek..boring giler.."

Itu semua merupakan sebahagian daripada kepakaran seseorang yang mengaji ilmu ni..

'job as an actuary is zero unemployment' kata2 seorang actuary dari US..kata2nya tu memberi semangat kepada kami untuk terus berjuang dalam bidang ini..

Tambahan pula..'orang kita'..ramai yang takut dengan matematik..

Takkan kita nak biarkan orang bangsa lain jaga duit kita kan?
Takkan kita nak biarkan diorang terus menerus pegang ekonomi negara kita kan?

k pen off..







2 ulasan:

  1. Salam... Anta ni budak actuary USIM ke? Bagus2, dulu ana pun budak Actuary USIM gak (2007), tp bile dpt offer letter wat medic kat Indon, ana terus meninggalkan kos Actuary yg best ni. Actually ana suka sgt actuarry n itu merupakan pilihan utama ana mase nak isi UPU sbb ana dah tahu actuary tu kos ape sbl ana nak isi borang UPU online... Huhuhuhu... anyway Ana berminat nak jadikan anta ni sahabat ana. Ana linkkan blog anta ngan blog ana ye. Hahaha... (",)

    BalasPadam
  2. Jazakumullah akhi..iAllah..

    BalasPadam