Untuk menjejakkan kaki ke Bank Negara Malaysia bukanlah suatu perkara yang mudah seperti kita pergi ke bank-bank komersial yang sedia ada. Lantaran pelbagai asset dan rahsia ekonomi negara berada di dalamnya.
Alhamdulillah.
Tanggal 4 Mei yang lalu, saya dan hampir seluruh keluarga Actuari tahun 2 telah mengadakan satu lawatan ilmiah ke sana.
Kredit kepada seluruh jawatan kuasa program yang di kepalai oleh Saudara Faiz Alauddin, Najmi, Sakinah, Syed Ahmad dan teman-teman yang lain, kerana telah Berjaya menganjurkan lawatan yang sangatbermanfaat dan bermakna bagi saya itu.
Bank Negara dan kami
Pertemuan kami dengan ‘orang bank negara’ yang berlangsung selama hampir 2 jam tersebut, langsung tidak menjemukan.
Sangkaan awal saya bahawa mereka ini mungkin ‘serious-type’ orangnya langsung tertolak.
Saat kami disambut oleh petugas bank negara di muka pintu bangunan lagi, perasaan risau kami terus kebah tatkala sambutan kehadiran kami di sana, seolah-olah kami sudah mempunyai satu kabel yang kukuh antara Actuari USIM dengan Bank Negara.
Kami terus dibawa masuk ke sebuah dewan seminar kecil di bahagian lobi bangunan.
Tidak perlu diceritakan lagi bagaimana keadaan dalamannya.
Sungguh ‘sophisticated’ di mata saya. Rekaan dalaman yang agak futuristic memberikan keselesaan pada ‘klien-klien’ yang terdiri daripada orang persendirian dan kumpulan, yang sudah barang pasti, berjawatan besar dan berkedudukan.
3.50 and above
Majlis dimulakan dengan sedikit ucapan daripada pegawai pengiring kami dan terus kepada sesi penyampaian oleh pihak bank negara, iaitu En. Mohktar, salah seorang aktuari dalam bank negara.
Apa yang menarik ialah, sesi ini lebih kepada perbincangan antara seorang yang bergelar ‘actuary’ dengan para pelajar yang bakal terjun dalam pelbagai sector, terutama sekali aktuari itu sendiri.
Beliau lebih memberi kami kelonggaran dan tidak terlalu terikat kepada formal di sepanjang majlis berlangsung.
Sebelum sesi perbincangan ini bermula, kami dibenarkan untuk memilih topik yang sesuai untuk dimulakan sebagai pemanas telinga.
Semasa beliau memaparkan slide topic yang akan di ‘cover’ beliau sepanjang sesi ini di hadapan, saya terpandang tajuk yang terakhir sekali iaitu kelayakan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Bank Negara.
Kelayakan dan ‘pointer’ CGPA.
Ulasannya, “Umum ketahui, bank negara menawarkan kelayakan untuk berkhidmat di Bank Negara serendah pointer 3.0 dan keatas, tetapi sepanjang tempoh saya bertugas di sini, para graduasi yang berjaya memasukinya, belum ada yang bawah daripada 3.50 lagi…” En. Mokhtar.
Terperanjat semua. Termasuklah saya.
Sungguh, saya amat merasa tercabar.
Moga Allah perkenankan.
Sebahagian daripada Keluarga Actuary 2nd Year. ~Kredit kepada akak polis.
Penutup: Actuary dan saya
Saat kali pertama saya mendengar kursus actuary ini ialah ketika saya masih menuntut di bangku sekolah lagi. Ketika itu, saya sekadar mengambil mudah tentang apa itu actuary.
Actuary ini memerlukan seseorang yang mahir dalam matematik. Matematik disini, termasuklah semua anak beranak yang berkaitan dengan matematik.
Bukanlah untuk membangga diri dengan berkata “aku power math”, tidak. Saya biasa-biasa aje.
Cuma, saya semakin rasa terpanggil untuk berjuang dalam bidang ini, sejurus saya menjejakkan kaki ke alam matrikulasi lagi.
Dan saya semakin nampak skop perjuangan saya dalam bidang ini apabila Allah izin saya masuk ke university dan mengambil kursus ini.
Iaitu untuk memperkasakan kewangan Islam.
Ya. Islamic Finance juga masih luas topic perbincangannya.
Tetapi bidang inilah yang masih memerlukan tenaga pakar dalam kalangan pelajar Islam seperti saya dan teman-teman yang lain.
Perjalanan masih panjang.
Usaha dan tawakal berterusan.
Wahai pembaca, iringilah kami dengan doa kalian.
aik? aslam dgn bear pon ade jugak??
BalasPadam