Isnin, Mei 10, 2010

Pengisian : Perhimpunan Perdana Palestin

Apabila cuti semester yang ditunggu-tunggu muncul tiba, pasti tidak ada seorang pun dalam kalangan mahasiswa di luar sana yang akan mengeluh hampa. Mana mungkin ada. Setelah berhempas pulas selama berminggu-minggu menempuh semester yang panjang atau mungkin ada yang pendek, akhirnya cuti pun tiba.

Namun, percutian akan jadi tidak bermakna tanpa ada sebarang pengisian aktiviti yang mampu menjana jiwa.

Perhimpunan Palestin Perdana

Tanggal 8/05/10, Sabtu. Satu perhimpunan perdana anjuran NGO Islam telah diadakan di stadium Melawati Shah Alam, Selangor. Perhimpunan yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat terutama para belia seluruh tanahair telah mewarnai kemeriahan program dan mempamerkan kesungguhan serta kefahaman mereka akan kepentingan mempertahankan tanahair umat Islam, Palestin.



Alhamdulillah. Syukur kepadaNya. Dengan izinNya, dapat juga aku menghadirkan diri kesana.

Walaupun terpaksa meredah kesibukan jalan di tengah-tengah bandaraya Shah Alam itu. Ditambah lagi dengan ketidaktahuan jalan-jalan yang ada di sana. (hehe, pakai redah je+ tanya mereka yang ahli dengan jalan-jalan yang ada di Shah Alam)

Akhirnya, jam 5.30 ptg, aku berjaya juga tiba ke destinasi. Alhamdulillah.

Sebelum itu, aku sempat menunaikan solat fardhu asar secara berjemaah di masjid Shah Alam. Atau orang kampung panggil masjid negeri aje. Juga secara tawakal dan pakai redah sahaja. Dengan berbekalkan 'instinct' rasa-rasa ku, sampai juga ke pintu masuk, ke perkarangan masjid. Itu pun melalui pintu belakang, haha.

Alhamdulillah sampai juga.

Entry kali ini, sekadar perkongsian santai-santai ku. Mengingati detik-detik pahit manis semasa berlangsungnya majlis.

Hanya Allah sahaja yang tahu.


Pengisian 1, Pidato Palestin

Program ini tidak akan lengkap tanpa pengisian-pengisian yang mampu membina jiwa. Namun begitu, aku tidak dapat untuk mencoretkan kesemua pengisian yang ada daripada pidato-pidato yang diberikan.

Pidato-pidato yang disampaikan sungguh bersemangat!

Antara yang sempat aku dengari ialah daripada wakil NGO yang menganjurkan majlis, wakil antarabangsa seperti Turki dan juga daripada Palistin sendiri.

MasyaAllah. Aku hampir menitiskan air mata dengan pidato-pidato yang disampaikan. Terutama apabila wakil Palestin berdiri menyampaikan pidatonya, juga membacakan surat yang ditujukan khusus buat umat Islam yang hadir, daripada NGO Palestin di sana.

Antara isi kandungannya, bahawa mereka sangat bersyukur kepada Allah atas izinNya, program seperti ini dapat berjalan dengan lancar. Juga berterima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia, wakil-wakil NGO yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Juga sedikit sebanyak tentang perkembangan tanahair umat Islam tercinta.

Allah...

Sesungguhnya, mereka di sana terpenjara!

Umum mengetahui bahawa, keadaan di sana seperti sudah tidak ada apa yang berlaku. Kerana tiada apa-apa perkembangan langsung yang khusus tentang Palestin, terpampang di media. Ada, tetapi kurang jelas dan mungkin kurang tepat. Namun, hakikatnya lebih teruk dan mungkin tidak dapat kita jangkakan.

Antara lain ialah, pidato tersebut menyentuh akan sensitiviti kita, para pendokong Islam. Bahawa sesungguhnya, amatlah perlu kita meng'update' perkembangan kita tentang Palestina kita yang tercinta.

Allahuakbar....

Antara pengisian lain ialah, menerangkan perkembangan Misi Life Line 4 Gaza kali ini, moga Allah redha dan berkati usaha ini. Iaitu, sebanyak 3 buah kapal kargo(kalo tidak silap) yang memuatkan pelbagai muatan seperti peralatan membina penempatan saudara-saudara kita di sana dan pelbagai lagi muatan yang penting.

Allah permudahkanlah usaha mereka.


Pengisian 2, Menjalin ukhuwah

Pengalaman menjadi urusetia program di sana di tambah lagi dengan pertambahan kenalan...Allah... sungguh indah.

Memang antara hobi sampingan ku ialah dengan mencari kawan-kawan baru. Syukur, Allah izin.

Walaupun sebentar, tetapi ikatan ukhuwah keimanan yang terjalin apabila bersatu dalam program yang sama, sungguh mengasyikkan.

Insan-insan seperti akhi Qaiyim dan Azizi, akhi Ammar USM, akhi Hakim UMP, akhi Kamal Uitm, akhi fadhli dan si comel Fidah bangi, Pakcik Muzaffar dan Dr Ismail serta ramai lagi yang tidak mampu aku coretkan disini.

Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik antum.

Apa yang mereka lakukan?

Tidak ada apa-apa yang 'special' pun. Tetapi nilai pertemuan itu, bagiku sangat tidak ternilai harganya. Bertemu dan berpisah keranaNya.

Hingga bertemu lagi.

InsyaAllah. Tempoh taaruh satu malam yang amat bernilai.

Taaruf berterusan, dan akan terus berjalan, walau dengan pertemuan yang singkat.

InsyaAllah di waktu-waktu tertentu akan datang.

Moga Allah redha.

Program itu berakhir dengan bacaan doa oleh seorang ustaz, memohon akan keredhaanNya dan tamat secara rasminya pada jam 11.45 mlm.

Sekadar berkongsi pengalaman.

Inilah antara pengisian aktiviti aku di awal cuti semester.

Nantikan pengisian-pengisian seterusnya yang akan aku coretkan sedikit di blog Hati Ini ini.

Salam pertemuan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan