khamis, 17/12/09, 8.07 pg
30 zulhijjah 1430
Ada lebih kurang 11 jam lagi sebelum melangkah ke tahun baru, 1 Muharram. Hatiku berdebar2. Adakah aku mahu berada ditakuk yang lama? Aku pasti, setiap orang pasti akan mengatakan tidak mahu, apabila membincangkan soal ini, iaitu kedatangan tahun baru.
Hijrah. Ya, hijrah. Walaupun tiada lagi atas perpindahan jasadiah selepas hijrah Saidina Nabi SAW dan para sahabat, namun atas dasar konsep hijrah yang mulia inilah, aku bina dasar hijrah dalam konteks peribadi, individu.
Hijrah daripada tak elok kepada yang elok, daripada elok kepada yang lebih elok.
Sebenarnya, aku tak bercadang untuk post kan awal catatan diari ni, tapi perkongsian ini aku awal kan postingnya, memandangkan ramai juga, dalam kalangan teman2 yang rajin membaca posting ku yang tak seberapa ni.
Emm..dalam saki baki jam terakhir ni, aku cuba bina kembali dasar pengislahan diriku. Ya. Aku ingin perbaharui azam aku, aku yakin setiap orang akan melakukan perkara yang sama. Namun, sejauh mana ia terlaksana?
Aku akan perketatkan jadual harian ku. Aku tak mahu ia terisi dengan perkara yang tak bermanfaat. Berani aku kongsi hal peribadi ni..hehe..masakan tidak..aku mahu teman2 baca posting kali ini. Secara tidak langsung, mereka mendoakan aku.
Azam aku?
Aku bertekad, inilah tahun2 yang akan menjadi ladang untuk aku mengislahkan diri, aku ingin perbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri ku yang sentiasa melakukan kesilapan ini. Kalau bukan aku yang ubah, islah, baiki, siapa lagi?
Kan Allah sudah berfirman yang bermaksud :
(Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah keaadaan mereka sendiri..Ar-ra'du:11)
Aku semakin berdebar2.
Tempoh 2 tahun akan mula dari maghrib ini.
Ada apa dengan 2 tahun? Ya aku pernah berjanji pada diri ku dan keluarga, atas izin bonda, paling awal aku akan bina rumah tangga adalah seawal umur ku menginjak 23 tahun.
Calon? Tak perlu risau tentang calon. Yang aku risaukan adalah, kondisi diriku, fizikal dan rohani. Apakah aku layak untuk meminpin sebuah keluarga, melayari bahtera cinta bersama si dia yang telah aku yakini agamanya, tanpa aku sedari yang diriku ini belumlah cukup kesediaannya.
Tidak, tidak sama sekali. Aku akan menzalimi dirinya serta diri anak2 yang bakal dilahirkan. Na'uzubillahi min zaalik.
Sebelum aku akhiri perkongsian ini, aku cuba perkemaskan jadual harian ku..ya jadual harian ini yang bakal aku amanahi diriku untuk mematuhinya.
Jadual harian yang akan cuba membentuk peribadi ku, peribadi seorang Muslim InsyaAllah.
Jadual harian tatkala aku bersendirian.
Ringkasan aktivitiku pada waktu pagi:
-Subuh (tahajjud kalau terbangun awal)
-Ma'thurat (wajib)
-Yaasin (muakkad)
-Dhuha (muakkad)
pen off. 8.25 pg
-baru nak baca ma'thurat
-seleseme yang teruk masih melanda diri
wahai pembaca, amiin kan lah doaku ini..
BalasPadam