Rabu, Disember 23, 2009

Perkongsian : Tempoh 2 tahun bermula (2)

Catatan ini ditulis pada hari
Isnin, 21/12/09, jam 0012 yang lalu.
(waktu sebenar di'post'kan catatan ini, sekitar jam 0030, 23/12/09, Rabu)

Sebelum aku teruskan perkongsian catatan ini, aku selitkan secara kasar, ringkasan aktiviti atau jadual harianku, sedari pagi sehingga sebelum masuk tidur.

-subuh (tahajjud jika bangun awal)
-ma'thurat (wajib)
-yaasin (muakkad)
-dhuha (muakkad)
-ma'thurat petang (wajib)
-majlis ilmu (ceramah kat surau dan masjid, program halaqah mingguan)
-almulk (wajib kalo bleh)
-witir (3 rakaat satu salam)

Pejam celik- pejam celik, dah 4 hari aku melangkah ke tahun baru (kalau ikut waktu sekarang dah masuk hari keenam). Dah 20 tahun dah aku hidup di muka bumi ini. Tak terasa langsung akan kepantasan masa itu berlalu..alangkah cepatnya ia berlalu..

Terigat aku akan FirmanNya :

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian" (Al-Asr: 1-2)

Ya. Manusia itu sentiasa di dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan mereka yang sentiasa berpesan-pesan kepada kesabaran.

Moga aku, keluarga ku dan sahabat-sahabatku tergolong dalam kalangan itu Ya Rabb.

Sejenak ku berfikir, amanah yang bakal ku pikul di pundakku semakin bertambah. Ya, semakin umurku menginjak naik, semakin banyaklah amanah yang bakal ku pikul kelak.

Bermula dari diri, keluarga, masyarakat dan negara, insyaAllah, semua itu adalah tanggungjawab2 ku, juga tanggungjawab2 kita semua.

Debaran di hati dan jiwaku hakikatnya masih belum lagi reda.

Apa yang aku debarkan lagi?

Banyak perkara. Terutama sekali diriku sendiri. Ya. Diriku sendiri. Khususnya, yang bergelar raja dalam diriku ini, iaitu hati. Hati mudaku. Juga jiwa remajaku yang sentiasa meronta. Meronta-ronta inginkan kebebasan. Kebebasan untuk menikmati segalanya. Yang baik dan yang buruk. Namun yang paling aku takuti, sekiranya ia adalah perkara yang buruk.

Peliharalah daku Ya Rabb.

Perbaiki diri, jangan mudah putus asa dan patah hati tatkala ujianNya bersemi.

Ya, itulah tekadku.

Azamku bulat.

Pembaikpulihan diriku telah pun bermula.

Takkanku berhenti separuh jalan atas apa yang telah aku usahakan ini.

Selamat tinggal kenangan2 lama. Engkau telah ku jadikan bahan rujukanku agar aku tak kembali melakukan perkara2 yang langsung tak memberikanku sebarang faedah.

Ya, aku dah tinggalkan engkau beberapa hari yang lalu. Jauh di belakang sana.

Namun, engkau tidak akan ku lupa. Kerna sesekali aku perlukan engkau untuk aku lakukan 'check and balance' kepada diriku ini. Adakah aku masih di takuk lama atau ada sedikit peningkatan dalam diri.

Ya. Peningkatan diri. Peningkatan amalan dan syaksiah. Kefahaman tentang Islam yang meningkat. Ada nilai tambah dalam diri. Inilah yang akanku gunakan untuk membina peribadi Muslim sejati.

Pembinaan peribadi2 Muslim itu kalau tidak bermula dari diri sendiri dahulu, bagaimana pula hendak membinanya dalam kalangan teman2 pula?

Buat sahabat2 yang aku kasihi, doa2 mu sangat2 bermakna bagi diriku, agar dapat menjadi seorang Muslim bertaqwa.

Allahu yubaarik fikum
(Semoga Allah berkati kamu semua)

pen0ff
jam 0044 (waktu sbnr ktika di post kan ialah jam 0106)
-dlm bilik adik
-seleseme semakin berkurangan (thanks kpd shbt2 yang mendoakan diriku agar cepat sembuh melalui FB)
-banyak kali menguap ketika mengarang posting kali ini, namun tetapku gagahkan jua untuk menulis, biar aku terbiasa menulis, xdapat selembar sehari, selembar seminggu pun xpe.
-sekadar berkongsi dan bukan mengajar.

1 ulasan: