Selasa, Jun 15, 2010

Perkongsian: Mahasiswa juga perlu jadi seperti ‘murid-murid’ sekolah

Selasa, 15/06/10, 7.50pg.

Saya minta maaf.

Atas sebab-sebab tertentu, saya tidak menghantar sebarang post baru di blog ini.

Tepatnya, kurang lebih 2 minggu, blog ini sepi tanpa sebarang pengisian.

Tak sempat bersarapan lagi pun, tiba-tiba sahaja saya tergerak untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Mahasiswa perlu seperti murid sekolah rendah?

Ya. Mahasiswa perlu jadi seperti murid-murid sekolah rendah atau sekolah menengah.

Masihkah anda ingat bagaimana ‘excited’ nya anda sebelum sesi persekolahan bermula?

Ya, dengan hampir segalanya yang serba baru, daripada hujung rambut sampailah ke hujung kaki, boleh dikatakan segalanya akan diusahakan oleh ibu bapa kita ataupun kita sendiri untuk diperbaharui.

Masakan boleh tidak seronok?

Oh. Mungkin ada yang tidak mempunyai perasaan sebegitu tatkala bermulanya sesi baru persekolahan, namun tidak pada saya.

Dengan segala persiapan yang telah berminggu-minggu tersedia rapi di tepi meja belajar saya, saya menjadi bertambah bersemangat untuk memasuki semula alam persekolahan untuk setiap sesi baru.

‘Point’ nya di sini apa?

Persediaan.

Tanpa persediaan, keseronokkan untuk menimba ilmu takkan hadir dengan mudah.

Tanpa persediaan, semangat untuk bersungguh-sungguh dalam pelajaran akan mudah naik turun. Malah berkemungkinan untuk langsung tidak naik disepanjang tempoh sesi pembelajaran berlangsung.

Kerana apa?

Kerana tiada persediaan.

Jadi, mahasiswa juga perlu lakukan persediaan bukan?

Persediaan yang bersifat mudah tapi berat

Ramai yang merungut, “subjek itu ini susah, pensyarahnya tegas, pensyarah ajar macam ape entah langsung tak faham, subjek ini tak penting untuk jurusan kami….” dan berbagai macam ragam bunyi lagi yang akan kedengaran di setiap awal semester.

Itulah manusia. Suka menuding 1 jari menyalahkan sesuatu tanpa menyedari hakikat bahawa baki 4 lagi jarinya menuding kembali kepadanya.

Diri sendiri yang bermasalah.

Ya. Bermasalah kerana memperbesarkan masalah.

Mengapa saya berkata demikian? Kerana masalah-masalah seperti yang disebutkan di atas itu bukan suatu masalah yang besar.

Setakat ‘rasa-rasa’ subjek itu ini susah, pensyarah yang mengajar tak ‘best’ dan sebagainya adalah suatu yang ‘common’.

Mahu sahaja saya berteriak, “ Rileks la wei…kita layan je la….susah camne pun…just tadah je telinga…tak faham sekarang…esok lusa korang faham la…”, tapi itu tidak mungkin saya lakukan, kerana itu bukan saya.

Jadi, bagaimana mahu persiapkan diri?

Bagi yang kebiasaannya ‘rajin’, study la dulu sikit-sikit….macam ‘time-time’ sekolah dulu buat…mesti mak abah ada pesan, “Man, kau pergi la tengok-tengok dulu pelajaran ape yang kau nak belajar nanti…Timah, kurang-kurang la tengok cerita Korea tu, tengok buku sikit, senanglah nanti..”

Bagi yang kurang tahap kerajinannya tu, saya suka untuk syorkan dan suruh amalkan ini, study subjek-subjek lepas.

Janganlah jadi golongan yang ketiga.

Allah tidak akan merubah nasib anda melainkan anda yang merubah nasib diri sendiri.

Penutup: Anda semua mampu menjadi peribadi BESAR

Apakah anda sekadar mahu yang biasa-biasa sahaja untuk diri anda, tatkala menyedari hakikat diri yang memang biasa-biasa aje?

Jangan. Orang Islam perlu bersikap luar biasa.

Luar biasa dalam segala aspek kebaikan dan amalan.

Bila kita sedar kita ini seorang mahasiswa yang ‘average’, tingkatkan prestasi anda dengan melakukan sesuatu yang ‘not average students do’.

Bertindak dari sekarang.

Cuti semester bakal berakhir tidak lama lagi.

Hakikatnya, saya juga mahasiswa yang ‘average’ sahaja.

Bersama kita menggapai tahap peribadi BESAR, insan soleh dan solehah yang berjaya.

Wahai pembaca, iringiku dengan doa kalian.

Moga diri dapat menjadi qudwah sahabat sahabiah.

p/s: Mahasiswa perlu kembali menjadi seperti murid sekolah dalam rangka membuat persediaan menghadapi sesi pembelajaran yang baru ini, bukan kembali bersikap ke murid-murid an.

3 ulasan:

  1. adeh,terasa kena kat batang hidung sendiri.. huuu~~

    BalasPadam
  2. alhamdulillah,nice post

    yg salahkan perkara lain selain drpd diri sendiri,mmg betul sgtla
    nak tambah skit,kita sering salahkan masa
    "tak ckp masa bla3..."
    padahal,masa lpg tdk digunakan sebaiknya membunuh diri sndiri

    umat Islam harus cemarlang! =)

    BalasPadam
  3. khairul bariyah: tidak bermaksud untuk mengenakan sesiapa dalam entry ini.
    hakikatnya, ia adalah peringatan buat si penulis ini sendiri.

    jauh hati: mekasih sudi singgah dan tinggalkan komen.
    dan mekasih juga sudi tambahkan point yang sy tertinggal.

    BalasPadam