Ahad, Januari 17, 2010

Perkongsian : Insaf

Insaf.

Aku termangu sendirian, menginsafi diriku sendiri atas kealpaan lalu. Aku jadi malu dengan kesilapan-kesilapan lalu ku.

Ya Allah.

Ampunilah dosa-dosa ku yang lalu. Sungguh, aku adalah hambaMu yang lemah, Ya Rabb...

Lemah.

Aku lemah sendirian. Ya, aku tak mampu untuk membendungnya lagi. Aku harus mencari kekuatan ku semula. Aku mula mencari-carinya.

Dimanakah harus ku cari kekuatan itu?

Sedang fikiran ku ligat berfikir, terlintas di minda ku akan sahabat-sahabatku yang kini telah jauh bertebaran di muka bumi Allah ini.

Ya. Mereka adalah kawan-kawan ku yang memenuhi kriteria seorang insan yang bergelar sahabat. Kepada mereka aku luahkan sedikit tentang permasalahan yang melanda jiwa ku.

Sungguh, hatiku tersentuh dengan kata-kata mereka. Bukan kerana penghinaan keatas diriku, tetapi, kerana bait-bait nasihat yang muncul dari kata-kata mereka, yang membuatkan hati nurani ku tersentuh.

Aku mengambil kesempatan ini dengan menyatakan bahawa hatiku terluka.

Namun jangan pula tersalah tafsir.

Kerna aku bukan dilukai, tetapi aku melukainya sendiri.

Ya. Aku yang bersalah. Bersalah keatas diri ku sendiri.

Aku sedikit tersasar dalam perjalananku.

Aku sedih. Aku kelukaan.

Begitulah luahku.

Allah..tak terasa yang air mataku berlinangan saat aku meluahkannya. Sungguh, keinsafan dan penyesalan itu terdapat nikmatnya yang tersendiri.

Tak terbayang perasaanku ketika itu, tatkala segala memori manis dan pahit bercampur aduk menjadi satu.

Pedih.

Tiba-tiba sahabat ku menghulurkan sekeping gambar.

Saat indah ketika mula mengenal erti sebenar ukhuwah fillah, aku yang berbaju hitam.

Cukup. Jam dan waktu seakan-akan terhenti seketika.

Aku terpana seketika. Berbekal dengan sekeping gambar, aku seolah-olah dibawa kembali ke masa lalu.

Allah. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah.

Tenaga kekuatan yang terhilang tiba-tiba muncul deras, sederas air mataku yang mengalir di pipi, dengan izinNya.

Terasa seperti aku telah termotivasi oleh seluruh ahli halaqah yang berada di dalam gambar tersebut. Ditambah dengan pelukan sokongan mereka beserta bisikan-bisikan kekuatan ketelinga ku, sungguh, aku merindui saat itu.

Aku dapat rasakan hangatnya pelukan mereka yang tak putus-putus memberikan ku kata-kata semangat. Tak ketinggalan, ada juga yang sudi menghulurkan bantuan andai aku memerlukan.

Allahu..

Mereka adalah antara hadiah teristimewa buatku yang telah Engkau turunkan kepadaku, Ya Rabbi.

Hidup diriku yang bergelar manusia ini tidak seindah apa yang mindaku harapkan.

Imanku juga ada kala naik dan turun. Aku bukan malaikat juga bukan Nabi.

Hanya insan biasa yang memerlukan peringatan untuk diisi di dalam hati nurani.

Aku tak boleh berterus-terusan begini.

Ya memang aku pernah 'jatuh' sebelum ini. Aku sudah pun bangkit semula. Namun, dipertengahan perjalananku, aku ter'jatuh' semula.

Adakah aku perlu tarik diri, hanya kerana sedikit ujian cabaran dariNya ini?

Nauzubillah..minta dijauhkan.

Sejarah dan Sirah para Nabi yang dimuliakan Allah, telah banyak memberikan suri pengajaran kepada umat manusia.

Bahkan kedasyatan ujian dan cabaran yang terpaksa mereka tempuhi lebih tinggi berbanding manusia-manusia lain termasuklah diriku.

Aku mesti bangun.

Sambung semula perjalanan ku yang terhenti seketika ini.

Perjalanan masih jauh.

Pembaikpulihan diriku bersambung semula.

Ya Allah kurniakan daku kekuatan dan ketabahan.

Teman-teman, ucapkanlah amiin.

~Hati yang meronta
-siap pada 17/01/10, Ahad, 0827 pg
-Alhamdulillah, sekali lagi aku dapat menulis sedikit catatan buat peringatan diriku
-terawal sehari daripada rancangan, cadang fix kan jadual posting hanya pada hari isnin
-Alhamdulillah

4 ulasan:

  1. barakallahufikum..

    indah bahasanya

    BalasPadam
  2. semoga kamu tabah hadapi ujian itu..best n indahnya ada ahli usrah yg membantu n membahagiakan kita ye

    BalasPadam
  3. jazakumullah akh...iAllah...ayuh bangkit!

    BalasPadam