Jumaat, Februari 20, 2009

Wanita adalah penghuni syurga yang paling ramai

Duhai kasihku yang bergelar wanita, ketahuilah bahawa wanita adalah penghuni syurga yang paling ramai dalam satu hal, apabila dikumpulkan wanita dunia yang beriman, dengan para bidadari, atau apabila hanya dikumpulkan seluruh bidadari.

Rasulullah saw menegaskan,

“Sesungguhnya kelompok pertama yang masuk syurga memiliki wajah seperti bulan pada malam purnama. Setelah itu, (rombongan yang wajahnya) seperti cahaya bintang2 yang berkerlipan di langit. Setiap orang dari mereka (penghuni Syurga) memiliki dua orang pasangan wanita, yang terlihat sumsum kepalanya dari belakang daging.” (HR Bukhari dan Muslim)

Hadith ini menjelaskan bahawa setiap penghuni syurga laki-laki akan ditemani oleh dua orang isteri, sehingga di syurga nanti tidak ada laki-laki yang tidak memiliki pasangan. Dengan demikian, hadith ini menguatkan pendapat di atas, yakni wanita lebih banyak daripada lelaki di syurga.

Akan tetapi, permasalahannya, dua isteri itu apakah isteri di dunia ataukah bidadari? Pendapat yang paling kuat ialah, mereka adalah bidadari sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad.“Setiap laki-laki penghuni syurga memiliki dua orang pasangan wanita dari golongan bidadari. Setiap bidadari memakai 70 perhiasan dan terlihat sumsumnya dari balik pakaian.”

Maksud “terlihat sumsumnya” adalah ia memakai pakaian yang sangat nipis dan kulitnya sangat lembut, sehingga semuanya dapat terlihat, sampai sumsum yang ada di dalam tulangnya pun dapat terlihat!

Jadi, wanita paling banyak sebagai penghuni syurga adalah dari kalangan bidadari, sedangkan kaum wanita dunia adalah penghuni paling sedikit di syurga dan paling banyak di neraka.*

Meskipun demikian, berbahagialah kaum wanita kerana Allah menciptakan wanita mukminah(yang beriman), kelak di syurga lebih cantik daripada bidadari. Wanita yang beriman ibarat majikan yang berkuasa, sedangkan bidadari adalah pelayan yang taat kepada majikannya. Hal ini kerana, seseorang yang melakukan mujahadah(pengorbanan) dan bersusah payah di dunia tidak mungkin sama dengan bidadari yang diciptakan khusus untuk penghuni syurga, yang tidak perlu bermujahadah dan tanpa bersusah payah, serta tidak terkena musibah dan tidak menerima cobaan dan dugaan.

Bergembiralah dikau, wahai wanita mukminah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan