Setelah hampir dua tahun saya langsung tidak mencoretkan sesuatu
perkongsian, huh, sungguh jari jemari ini terasa amat berat untuk kembali menulis.
Saya dan kerjaya
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Tanggal 18 haribulan September 2012 yang lalu, secara rasminya saya
telah memulakan kerjaya saya sebagai seorang Fraud Analyst di salah sebuah bank
di ibu kota.
Subhanallah walhamdulillah.
Kini telah hampir 5 bulan saya bekerja, sungguh, masa berlalu
teramat pantas. Terasa bagaikan baru kelmarin saya siapkan assignment serta
pembentangan-pembentangan juga yang terutama, projek akhir tahun atau Final Year
Projek or also known as FYP or Thesis.
Hmm Thesis…terlalu banyak kenangan saya bersama thesis saya, and I
guest most of us have the same feeling when we talk about our Thesis. Pahit
manis menyiapkannya. Well I guests, I’ll keep that story later insyaAllah.
Kerjaya bukan pilihan
Menjadi kewajipan bagi setiap pelajar tahun akhir di setiap universiti tempatan untuk menjalani latihan industry mereka di tempat-tempat pilihan atau idaman and not to mention, tempat-tempat yang langsung tiada kaitan dengan course kita di universiti.
Allah izin, saya telah menjalani latihan industry di salah sebuah
bank, yang juga terletak ditengah-tengah ibu kota raya kita. Dan Alhamdulillah
latihan industry yang telah saya jalani tersebut amat bersesuaian dengan kursus
yang saya ambil iaitu Risk Management.
Long story short, saya diterima untuk menjalani latihan industry
selama 4 bulan di Risk Management Department, which most of us are so craved to
be in that department when we finished our studies.
Mana punch line nya ni tak masuk-masuk…haisy
Okeh
Jadi setelah tamat latihan di sana pada akhir Julai (kalo
xsilap..xhengat dah haha), saya ke sana ke sini menghadiri temuduga (ceh
padahal dua je :p) kerja. Letih naik turun bangunan, menebal muka, but it worth
it. (Ni pun boleh buat story lain ni..insyaAllah)
Awal September, selang sehari selepas ditemuduga di sebuah menara
bank bersebelahan dengan Sogo, saya menerima satu panggilan ringkas yang
menanyakan akan kesudian saya utuk menerima satu tawaran jawatan. Panggilan
tersebut adalah daripada pegawai yang sama yang menemuduga saya di menara itu.
Ringkas, pegawai itu memberitahu bahawa pengalaman saya semasa
menjalani latihan industry selama 4 bulan yang lalu agak bersesuaian dengan
jawatan yang hendak dia tawarkan itu, menyebabkan beliau terus memanjangkan
resume saya kepada Manager Department dimana saya berada sekarang.
Dengan hati yang mengembang syukur kegembiraan, saya terus ringkas
menjawab, “Sure why not”. Walaupun seperti tak convincing, akan tetapi semasa
saya ditemuduga beliau tempoh hari, dengan penuh keyakinan dan tawakal
kepadaNya, saya membuka cerita, tentang aktiviti-aktiviti saya sepanjang tempoh
latihan tersebut. Sepanjang tempoh temuduga saya itulah, kelihatan riak wajah
mukanya amat menumpu perhatian dan berminat sambil jari jemari beliau laju
mencatatkan sesuatu dilembaran borang yang berada dihadapannya.
(so u guys out there, it is
so important to have a good resume, literally pay attention during the 4 months
of training, as well as a convincing communication during interviews)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Jadilah saya seorang pegawai analisis, atau nama sedapnya Fraud
Analyst di bank tersebut.
My point is, ia bukanlah kerjaya pilihan saya, tetapi merupakan
satu kurniaan dari Nya pada saya.
Pada hemat saya, tak salah untuk kita memilih bidang apa atau
kerjaya yang bagaimana selepas tamat pengajian, tetapi beringatlah, jangan
akibat terlalu memilih, kita langsung tidak dapat apa. Peluang dipanggil
terima kerja itu tidak semudah atau se-senang semasa kita nak sambung belajar. So, terima sahaja dahulu. :)
We live in the world of competition where job scopes are pinching
nowadays. Once offered even if u didn’t want it, but believe me you’ll need it
more than u know it.
And indeed He (Allah) knows better and what is best for u.