Sabtu, Mei 15, 2010

Pengisian: Menjadi yang terbaik itu tidak sukar.


Bekerja itu suatu ibadah, jika ‘nawaitu’ kita kerana Allah.

Namun bukan semua pekerjaan itu boleh kita niatkan kerana Allah.

Perlukah si pencuri itu mencuri dengan niat ibadah kerana Allah? Persoalan di sini, bolehkah?

Masakan ia perlu melakukan sedemikian, sedangkan sudah terang pekerjaan tersebut tertolak dan tidak diiktiraf sebagai suatu pekerjaan bahkan ia merupakan suatu kezaliman.

Jawapan yang umum ketahui akan hakikatnya.

Suka untuk aku kongsikan di sini akan 4 nilai yang perlu diterapkan ke dalam diri kita untuk menjadi seorang pekerja atau lebih dekat lagi dengan diri aku, sebagai seorang pelajar yang terbaik, dalam setiap pekerjaannya.

Ikhlas

Teringat aku akan pengalaman pahit manisku saat aku masih bergelar murid sekolah. Saat itu, aku masih menuntut di SMK Bandar Baru Bangi. Perubahan mendadak aku dalam pelajaran pada ketika itu sangat ketara dan aku sangat bersyukur.

Keputusan peperiksaan bulanan hinggalah ke keputusan akhir tahun aku, mula menunjukkan sedikit peningkatan.

Segalanya berubah sedikit demi sedikit apabila aku mula menjejakkan kaki ke tingkatan dua. Sedikit demi sedikit transformasi diri telah aku lakukan.

Aku mula dengan yang kecil-kecil sahaja seperti masuk pagar depan sekolah dengan kaki kanan sambil pasang niat dalam hati, “aku akan tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas dan belajar keranaNya”.

Pada hematku, ia merupakan suatu yang kecil.

Ya, dan dengan yang kecil itulah yang aku yakini Allah akan pandang.

Saat itu, aku masih lagi bersekolah pada sesi petang sehinggalah ke tingkatan dua. Namun, apabila naik ke tingkatan tiga, sesi telah bertukar ke sesi pagi.

Aku pasti anda semua sedia maklum bagaimana belajar pada sesi petang. Sungguh melelahkan dan sepanjang dua tahun itu, aku sangat-sangat menantikan akan kehadiran sesi pagi. (Hehe, seronok belajar waktu pagi, xpeluh sangat)

Dan pada saat aku telah menjadi pelajar tingkatan tiga,’ no more turning back’. Aku semakin yakin dengan langkahku.

Bukan setakat masuk pagar kaki kanan dan pasang niat belajar aje yang aku lakukan, tetapi sampai apa yang cikgu kat depan perkatakan, aku akan kata ‘amiin’ dalam hati. Begitu juga segala nasihat yang disampaikan aku akan berkata amiin. Moga Allah perkenankan apa yang cikgu ajarkan itu, dan mudah masuk dalam kepala otak aku ni.

Bukan tujuanku untuk membangga diri di sini, namun sekadar berkongsi akan hakikat, bagaimana keikhlasan itu dipraktikkan.

Melakukan sesuatu bukan kerana manusia pandang, tetapi mengharapkan usaha yang sedikit itu dipandang dan diberkatiNya.

Dan akhirnya, saat keputusan PMR diumumkan, aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan dianugerahkan tokoh pelajar cemerlang PMR 9A bersama beberapa orang rakan seperjuanganku yang lain. Syukur…

Muraqabah

Wah, ayat ‘fancy’ aku pakai. Bagi anda yang mempunyai vocab bahasa arab yang banyak pasti tiada masalah dengan maksud muraqabah di sini.

Walaubagaimanapun, mari kita berkongsi. Aku tidak bertujuan untuk mengajar di sini, tidak. Ilmu yang aku miliki sangat sedikit. Jadi, sekadar untuk kita sama-sama berkongsi, walau ia sedikit tetapi bermanfaat.

Muraqabah di sini, membawa maksud mendekatkan diri kepadaNya.

Ya. Tidak lain dan tidak bukan, perlunya kita mendekatkan diri kepada Pencipta kita, Yang Maha Memiliki.

Dialah yang memiliki ilmu. Jadi, hanya kepadaNya lah kita meminta.

Jadi, layakkah kita memiliki ilmu yang sangat banyak, harta yang melimpah ruah, akan tetapi dalam masa yang sama, sedikit pun kita tidak ‘recognize’ atau mengiktiraf(sesuai ke ayat ni?) dari mana datangnya ilmu atau harta yang diperolehi itu tadi?

Jelas rasanya di sini, pengertian muraqabah itu.

Zaman persekolahanku banyak mengajar aku erti sebenar hidup si penuntut ilmu ini.

Tatkala rasa tidak puas hati pada orang kuat, rasa bengang di rendah-rendahkan(padahal aku ni tinggi, hehe) pelajar lain, dan juga bila ayah yang tersayang mencabar-cabar aku. Sungguh. Aku sangat tercabar.

Perasaan tercabar itu banyak mendorong aku untuk mendekatkan diri kepadaNya. Solat hajat saban malam aku panjatkan. Dalam esak tangis sikit-sikit ku aku luahkan, agar dapat aku buktikan pada mereka semua, aku juga mampu berjaya.

Mujahadah

Makna mudahnya ialah berjihad.

‘Most common term’ yang didengari. Aku pasti anda semua tiada masalah disini.

Sudah barang pasti, untuk mendapatkan sesuatu yang mahal itu, pelbagai perkara terpaksa kita korbankan.

Betul bukan.

Untuk meraih CINTA(cinta Allah) kita perlu korbankan cinta(cinta insani). Di penghujungnya nanti, pasti Dia akan hadiahkan kita si dia yang kita cintai.

Jadi, cuba kita ‘apply’kan juga dalam rangka kita nak meraih ilmu yang bermanfaat lagi di berkati ini. Boleh kan!

Muhasabah

Di penghujung usaha, tidak dapat tidak, perlunya ada sesi introspeksi diri, iman dan amal.

Ya.

Inilah yang pada ku, antara yang sukar untuk di laksanakan.

Usaha muhasabah ini berkait rapat dengan jelasnya matlamat kita dalam hidup ini.

Ya nama pun manusia. Sering lupa.

Bila diri sudah berada pada tempat yang selesa, sering kali kita alpa siapa kita.

Di sini lah letaknya akan kepentingan muhasabah itu, di mana kita kembali kepada ‘source’ kita. Allah lah tempat kita sandarkan segala. Memperbaiki semula niat andai sudah tersasar. Sentiasa beristighfar moga di ampun dosa-dosa kecil yang kita tidak nampak.

Penutup, Terima Kasih

Syukur kehadratNya.

Alhamdulillah, dengan izinNya, dapat aku kongsikan sedikit di blog Hati Ini ini, pengisian yang ku harapkan tidak terlalu berat untuk di bumikan(maaf guna ayat saudara Hilal) dan juga aku harapkan santai-santai sahaja bahasa yang digunakan.

Terima kasih.

Jazakumullah.

Moga Allah perkenan usaha yang sedikit ini.

Moga aku mampu untuk coretkan sedikit pengisian di sini lagi.

Wahai pembaca iringi daku dengan doa kalian.

Salam Ukhuwah.


2 ulasan:

  1. perkongsian yg menarik...zawir adalah antara saingan positive saya ketika di sekolah...
    nice article :|

    BalasPadam
  2. saudari atiq mmg antara pesaing sihat saya ketika zaman sekolah, bersama rakan2 seperjuangan yg lain..btw jzkillah ukhti..

    BalasPadam